Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?

Sebelum kita kupas berkaitan tajuk diatas, perlulah untuk kita tahu dan faham apa itu ibadah Aqiqah. Aqiqah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan (kambing) yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi.

Hukum melaksanakan ibadah Aqiqah ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut).

Berbalik kepada tajuk, pada masa kini sebahagian umat islam sangat gemar melaksanakan Aqiqah di tanah suci Mekah dengan berpendapat bahawa ianya lebih barakah berbanding melaksanakan ibadah Aqiqah di tempat sendiri.

Selain itu, pelaksanaan Aqiqah di Mekah meningkat adalah atas faktor harga kambing yang murah daripada kambing di tempat sendiri.

Untuk pengetahuan, tiada sebarang dalil yang mengatakan tentang melaksanakan Aqiqah di Mekah adalah lebih barakah berbanding di tempat sendiri.

Sunat Memakan Sebahagian Daging Aqiqah yang Dilaksanakan

Daging Akikah boleh dimasak manis dan beri makan kepada mereka yang sepatutnya – Foto Hiasan

Pahala sunat bagi ibu bapa yang melaksanakan Aqiqah dan memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang telah disembelih.

Kecuali Aqiqah wajib (Aqiqah Nazar dan Aqiqah Wasiat), serta diberi sebagai hadiah dan disedekahkan kepada yang lain.

Ini berdasarkan kepada hadis, daripada Ibn Sirin dan Hasan Al-Basri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya disisi mereka bahawa Aqiqah dianggap seperti korban, dimakan (sebahagian) dan diberi (sebahagian).” - Riwayat Ibn Abi Syaibah.

Pelaksanaan Aqiqah Di Tempat Sendiri Adalah Lebih Afdhal

Bagi menjawab persoalan, adalah lebih afdhal (paling terbaik) melaksanakan Aqiqah di tempat sendiri, supaya dapat menyempurnakan tiga perkara sunnah atau perkara yang lebih afdhal dilakukan semasa Aqiqah seperti yang dinyatakan dalam hadith diatas.

Yang pertama, makan sebahagian daging Aqiqah. Kedua, menghadiahkan daging tersebut kepada saudara mara dan jiran. Ketiga, mensedekahkan daging tersebut kepada fakir miskin.

Jika melaksanakannya di Mekah atau di mana-mana tempat yang jauh dari kita, mustahil untuk kita makan sebahagian dari daging Aqiqah tersebut, maka tidak sempurnalah satu perkara sunat semasa melaksanakan Aqiqah tersebut.

Mengerjakan Aqiqah Mengikut Kemampuan

Namun, di mana ibadah Aqiqah tersebut dilaksanakan bukanlah satu permasalahan yang besar sebenarnya, perkara yang perlu kita titikberatkan adalah cara ibadah Aqiqah itu dilaksanakan, mestilah dilakukan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariah.

Ibadah Aqiqah boleh dilaksanakan di mana sahaja mengikut kemampuan dan bajet korang sebenarnya. Kalau korang kekurangan bajet untuk mengerjakan Aqiqah di tempat sendiri (Malaysia), bolehlah dilaksanakan di Mekah atau ditempat yang menepati bajet korang. Bagi korang yang berkemampuan lakukanlah di tempat sendiri kerana islam sangat menggalakkan perkara yang afdhal.

Tapi jangan risau dan ragu-ragu untuk aqiqah di tanah haram. Anda boleh buat bersama EZ Qurban. Tiada istilah aqiqah Mekah tipu kerana kami akan bantu anda dari A-Z, sehingga anda dapat kemaskini daripada kami.

Apa yang utama adalah, aqiqah terlaksana. Hal ini kerana kelebihan aqiqah tidak dapat dinilai.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN