Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?

Sebenarnya terdapat dua jenis qurban iaitu Qurban Wajib dan Sunat. Ramai Antara kita yang kurang pengetahuan berkaitan Qurban wajib. Oleh itu, kami akan merungkaikan persoalan “Apakah jenis-jenis Qurban Wajib?”

Terdapat tiga jenis Qurban yang hukumnya Wajib dilaksanakan. Jenis Qurban Wajib ialah Qurban Wasiat, Qurban Nazar dan Qurban Ta’yin. Suka kami tekankan disini, daging Qurban Wajib adalah Haram dimakan oleh pemilik atau pelaksananya serta ahli keluarganya.

Qurban Wasiat

Qurban Wasiat adalah Qurban yang telah diwasiatkan oleh si mati kepada seseorang individu sebelum beliau meninggal dunia. Qurban Wasiat wajib dilaksanakan serta perlu diniatkan keatas si mati.

Perlu diingatkan, apabila seseorang melaksanakan Qurban untuk orang yang telah meninggal dunia kerana diberi wasiat, maka haram baginya makan daging tersebut.

Perkara ini dijelaskan oleh Imam Ibn Hajar al-Haytami di dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra bahkan beliau menjelaskan wajib untuk menyedekahkan seluruh daging tersebut.

Qurban Nazar

Qurban Nazar adalah Qurban yang diwajibkan kepada seseorang individu itu setelah membuat perjanjian dengan Allah SWT. Di mana seseorang individu itu sendiri bernazar untuk melakukan ibadah Qurban.

Setiap perjanjian adalah wajib dilaksanakan. Apa yang penting adalah, daging Qurban nazar adalah haram dimakan oleh pemilik atau pelaksananya serta ahli keluarganya.

Jika ada antara ahli keluarganya yang termakan daging itu, maka pemilik daging korban tersebut wajib menggantikannya kembali. Ianya boleh diganti melalui zat daging atau dengan nilai daging tersebut.

Qurban Ta’yin

Qurban Ta’yin adalah apabila seseorang itu mengisyaratkan (ta’yin) kepada binatang perliharaanya yang boleh dijadikan haiwan Qurban dengan berkata “aku akan mengorbankan binatang (haiwan Qurban) ini” maka wajib keatasnya melaksanakan sembelihan.

Maka Wajib keatasnya melaksanakan Qurban dan bersedekah kesemua daging tersebut. Haram keatasnya memakan daging Qurban Ta’yin.

Kita perlulah mengambil berat berkaitan masalah ini, kerana ada antara kita yang tidak tahu hukum ucapan tersebut.

Lalu mereka memakan sebahagian dagingnya atau haiwan tersebut dan tidak disembelih bahkan ada yang menjual semula. Perbuatan ini adalah suatu kesalahan.

Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN