Pahala yang berterusan

39
3838

➞ Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Antara amal jariah yang akan sampai pahalanya kepada seseorang Muslim selepas matinya ialah: Ilmu yang dipelajari dan disebarkan; Anak soleh yang mendoakannya; naskhah al-Quran yang diwakafkannya; masjid yang dibinanya; rumah tumpangan yang dibinanya untuk golongan musafir; kolam air yang dikoreknya; sedekah yang diberi semasa sihatnya. Amal-amal ini akan sampai untuknya selepas dia mati.”

(Riwayat Ibn Majah, dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaymah)

7 Amal jariah yang pahalanya mengalir sampai hari kiamat.

Segala pujian hanya kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W beserta keluarga, para sahabat dan pengikutnya yang senantiasa istiqamah menjalani sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Amal Jariyah adalah amalan yang pahalanya akan terus mengalir sehingga hari kiamat, walaupun orang yang melakukan amalan tersebut sudah meninggal dunia.
Hadis tentang amal jariyah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, yaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya” (Hadis Riwayat Muslim).
Selain dari ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa macam perbuatan yang tergolong dalam amal jariyah.
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarkan, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya “(Hadis Riwaya Ibnu Majah).
Berikut Penjelasannya :

1. Ilmu yang disebarkan :
Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat,baik melalui pendidikan formal (seperti sekolah,universiti) dan pendidikan tidak formal seperti perbincangan ilmiah, tazkirah di masjid-masjid, ceramah umum, program dakwah dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku-buku yang berguna , menulis kitab-kitab agama dan menyebarkan bahan-bahan pendidikan Islam melalui artikel-artikel tazkira sama ada di facebook atau blog.

2. Anak soleh yang ditinggalkan :
Iaitu mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadist ini, kebaikan yang diperbuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada orang tua yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangi nilai atau pahala yang diterima oleh anak-anak tadi. Doa anak yang soleh kepada orang tuanya mustajab di sisi Allah SWT.

3. Mushaf (kitab-kitab agama) yang diwariskannya :
Mewariskan kitab suci al-Quran, kitab tafsir al-Quran,mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya. Selagi kitab-kitab tersebut digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan maka orang yang mewakafkan akan mendapat pahala yang berterusan. Jadi jika Tuan dan Puan mempunyai buku-buku islamik atau yang bermanfaat dan kebetulan sudah jarang dibaca dan masih dalam keadaan baik, alangkah baiknya jika disumbangkan di perpustakaan masjid. Kebiasaan masyarakat kita adalah sering membuat buku yasin disaat peringatan seribu hari meninggalnya anggota keluarga untuk disumbangkan kepada anggota jamaah yasin…dan menurut masshar itu juga bagus dan bermanfaat.

4. Masjid yang dibina :
Membangunkan masjid. Perkara ini selaras dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim). Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang mengerjakan amal ibadah di masjid tersebut. Termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid.

5. Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan :
Membangunkan rumah musafir atau pondok bagi orang-orang yang bermusafir untuk kebaikan adalah suatu amalan sangat di tuntut. Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk beristirahat  sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk
maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya.

6. Sungai yang dialirkan untuk kepentingan orang ramai:
Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tempat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali perigi ditempat yang sering dilalui atau didiami orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu meninggal dunia dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir. Semakin ramai orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat.” (Hadist Riwaya Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).

7. Harta yang disedekahkannya :
Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Selain daripada harta yang diberikan sebagai sedekah, termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembangunan pendidikan Islam, rumah anak yatim, tanah perkuburan dan rumah orang-orang tua. Selagi tanah tersebut digunakan untuk kebaikan maka pahalanya akan berterusan kepada pemberi tanah wakaf tersebut. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya (Hadis Riwayat Al-Tabrani). Jadi, Sedekah dapat di jadikan sebagai pemberi syafaat bagi pelakunya . Di dalam kubur ia mendapatkan kesejukan berkat sedekahnya dan terhindar dari panasnya kubur. Demikian pula di hari kiamat, ia akan mendapatkan naungan dari amal sedekahnya, padahal ketika itu kebanyakan manusia berada di dalam kepanasan yang tiada taranya. Dalam hadist lain di sebutkan bahwa sedekah itu dapat menolak kemurkaan Allah. Inilah sebenarnya yang Islam kehendaki,yaitu yang kaya membantu mereka yang miskin. Barulah bermakna dan bermanfaat segala harta dunia yang dimiliki. Apalah artinya harta melimpah kalau kita tidak sedekahRasulullah SAW sepanjang hayat sangat menjunjung tinggi sikap dermawan yang tidak bakhil dengan menyumbangkan hartanya ke jalan kebaikan. Dengan kenyataan yang juga berbentuk satu motivasi bagi umatnya, baginda rosul  berpesan kepada kita: “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, dan tangan yang di atas suka memberi dan tangan yang di bawah suka meminta.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Teruskan beramal jariah kerana inilah jenis amalan yang berterusan umpama air sungai yang mengalir kepada mukmin yang melakukannya samasa mereka masih hidup di dunia ataupun ketika telah meninggal dunia.

 Ez Fidyah mempunyai 1 projek baru iaitu Wakaf Perigi di Bangladesh.Sebagaimana yang sedia maklum, penduduk di Bangladesh sangat ramai sehingga mencecah ratusan juta khususnya penduduk Muslim dan mereka sangat memerlukan sumber air yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan mereka di sana.

Jadi, kami mengadakan projek Wakaf Perigi dengan 1 tujuan iaitu membantu penduduk di sana yang lebih memerlukan. Harga bagi 1 perigi ialah RM 600 & mempunyai 5 bahagian.

Kepada sesiapa yang ingin berwakaf, amat dialu-alukan. Semoga dengan berwakaf perigi ini, ianya menjadi pahala berterusan kita di Akhirat selagi mana ramai yang menggunakan perigi tersebut, In shaa Allah, Ameen.

Jika berminat boleh tinggalkan “no hp” di ruangan komen atau boleh hubungi kami di no: 013-2000764 atau lawati page fb kami Ez Fidyah

Gambar contoh:

a5149199-e411-4dc4-b1e9-54b313b6d0d8

90207227-f418-40d8-8c40-5c37c935c975

83e50e66-cef6-4137-9620-7a04bf8419a4

9b791c35-98f5-4b4c-9752-8d805841bf5c

39 COMMENTS

  1. saya berminat untuk program wakaf perigi, dan telah pun ambil tindakan..mohon maklumbalas… rosnee 0195478373

    • Dah dibuka, lokasi wakaf perigi yang terbaru ialah di negara Afrika iaitu di Chad, untuk satu bahagian(1/25) = rm 200 dan untuk satu unit perigi = rm 5000.

    • Waalaikumussalam puan, insha’Allah boleh puan. Pegawai kami bahagian wakaf perigi akan hubungi puan dalam waktu terdekat, terima kasih.

    • Waalaikumsalam, Hafizah boleh tinggalkan no. telefon. Pegawai kami di bahagian wakaf perigi akan hubungi cik/puan dalam masa terdekat, terima kasih.

    • Assalamualaikum En. Aznor, boleh tinggalkan no. telefon tuan. Pegawai kami di bahagian wakaf perigi akan hubungi tuan dalam masa terdekat, terima kasih.

    • Wa’alaikumsalam Puan. Insya’Allah, pegawai kami di bahagian wakaf perigi akan hubungi puan dalam masa terdekat, terima kasih.

  2. Aslm. Saya berminat utk wakaf perigi. Tlg email latest news atau WhatsApps 0165266086

    Terima Kasih.

    • Wa’alaikumsalam Tuan. Insya’Allah, pegawai kami di bahagian wakaf perigi akan hubungi tuan dalam masa terdekat, terima kasih.

    • Wa’alaikumsalam Allyyaa Halim, pegawai kami di bahagian wakaf akan hubungi cik / puan untuk urusan selanjutnya insya’allah.

    • Wa’alaikumsalam Syazul, Insya’allah pegawai kami di bahagian wakaf akan hubungi tuan dengan segera. Terima kasih.

    • Wa’alaikumsalam Aspalela, boleh tinggalkan No. Telefon Cik/Puan untuk pegawai kami hubungi. Atau boleh whatsapp ke No. 013-2000 784. Terima kasih.

    • Wa’alaikumsalam Anis. Insya’Allah pegawai kami di bahagian wakaf akan menghubungi cik/puan dengan segera. Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Roseniza, insya’allah pegawai kami di bahagian Wakaf akan hubungi cik/puan dengan segera. Terima kasih.

Leave a Reply to Mohd Sambri Adam Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.