“Tak sempat ganti puasa? kamilah yang anda cari..”

240
21592

FIDYAH: GANDAAN VS. TANPA GANDAAN

 

Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas seorang yang meninggalkan puasa wajib (Ramadhan) atas sebab-sebab tertentu, atau sengaja melengahkan ganti puasanya sehingga tiba bulan Ramadhan pada tahun berikutnya.

Persoalannya di sini ialah, jika sekiranya seseorang itu menangguhkan membayar fidyah, adakah ia akan menjadi berganda?

Jawapan ringkasnya ialah, fidyah tidak berganda. Dalam hal ini kami berpandukan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 iaitu:

Bahawasanya pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie“.

Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pembayar ingin membuat pembayaran fidyah secara berganda, maka ianya boleh diterima dan perkara ini adalah sangat digalakkan kerana ia bertepatan dengan pendapat yang terkuat di dalam mazhab As-Syafie.

Namun bagi mereka yang tidak berkemampuan (dari sudut kewangan) untuk membayar fidyah secara berganda, maka boleh juga membayar fidyah tanpa gandaan sepertimana yang telah dinyatakan di atas, dan inilah pendapat dalam mazhab maliki, hanafi, hanbali dan sebahagian pendapat dalam mazhab syafie.

Wallahu A’lam.

UST. MOHD AMIRUL BIN KAMARUDIN
Pendakwah Bebas / Penasihat Syariah
EZ QURBAN SDN. BHD.

Cara pengiraan dan pembayaran fidyah.

barai do barai

 

Antara golongan yang dikenakan fidyah

 

golongan fidyah

 

Antara sebab di kenakan fidyah adalah lewat ganti puasa yang ditinggalkan sehingga tiba bulan ramadhan pada tahun berikutnya. Jika puasa tidak diganti sehingga membawa ke bulan ramadhan pada tahun hadapan fidyah dikenakan tidak berganda jika fidyah tersebut dibayar pada tahun kedua, tetapi fidyah akan berganda bila masuk tahun ketiga dan tahun-tahun seterusnya.

Kedua adalah disebabkan sakit berpanjangan / kritikal / tiada harapan sembuh / sakit tua uzur. Bagi kes ini mereka harulsah membayar fidyah pada tahun yang sama.

Fidyah juga dikenakan bagi ibu yang mengandung dan tidak berpuasa kerana risaukan kesihatan bayi dalam kandungan, jika berlaku keadaan saperti ini maka si ibu perlu membayar fidyah pada tahun yang sama.

Seterusnya adalah disebabkan oleh kematian, sebagai contoh semasa hidup seseorang itu tidak sempat menggantikan puasa yang ditinggalkan semasa hayatnya masih ada. Puasa beliau boleh diganti dan dibayar oleh orang lain.

Oleh itu kami di EZ Qurban Sdn Bhd juga menawarkan perkhidmatan fidyah dan kafarah, untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh rujuk FB kami atau hubungi kami :

FB : EZ FIDYAH

No Telefon : 013-2000784

 

FLYER fidyah

240 COMMENTS

    • ibu mengandung itu tak puasa disebabkan siapa? kalau tak puasa kerana risaukan anak dalam kandungan kena terus bayar fidyah pada tahun sama dan kalau dia tidak berpuasa disebabkan risau kan diri sendiri tak mampu untuk berpuasa sewaktu mengandung kena ganti puasa pada thaun sama, kecuali jika dia lambat ganti puasa maka dia akan dikenakan fidyah.

  1. assalamua’laikum…saya ingin membayar fidyah…tetapi tidak tahu bagaimana pengiraan untuk tahun:-
    2016 (tidak sempat ganti puasa – 1 hari)
    2015 (tidak sempat ganti puasa – 3 hari)
    Saya telah menggantikan puasa untuk tahun 2015 dengan menggadakan puasa yg tertinggal.
    * alasan:- tidak dapat berpuasa kerana mengandung First Trimester pada tahun 2015.
    harap dapat penjelasan. terima kasih

    • Waalaikumusalam, ok puan tidak puasa pada tahun 2015 kerana risaukan bayi dalam kandungan ataupun risau kan diri sendiri?

    • Assalamualaikum ustaz. Saya tinggal puasa saya pada tahun lepas (2016) sebanyak 8 hari. Pada tahun 2017, saya sudah menggantikan puasa saya sebanyak 5 hari tetapi tidak sempat untuk menggantikan puasa saya lagi 3 hari itu sebelum ramadhan tahun ini. Jadi berapakah kadar fidyah yang perlu saya bayar dan di mana perlu saya bayar. Mohon ustaz beri penjelasan. Sekian terima kasih.

      • Waalaikumusalam, jumlah fidyah puan kena bayar ialah rm 5.70 ( 3 hari x harga secupak beras 1.90 = jumlah perlu dibayar rm 5.70 ) kalau puan nak buat pembayaran dengan kami di EZ QURBAN SDN BHD pun boleh, puan hanya hubungi nombor kami 03-618 619 11 atau boleh whatsapp kan ke talian fidyah kami 013-2000 784.

    • Assalamualaikum Pn. Saidah, selepas dah bayar fidyah masih kena ganti puasa. kecuali puan dah ganti puasa yang ditinggalkan pada tahun sama maka puan tidak perlu bayar fidyah. jika puan tidak ganti seingga ke bulan ramadhan tahun depan makan puan dikenakan fidyah dan ganti puasa.

  2. Asalamualaikum.isteri sy belom lg mengantikan puasanya pada tahun lepas sebanyak 7 hari. Sekarang dia tgh mengandungkan anak kami 7 bln.bgaimana ye utk membayar fidyah utk gntikan puasa tahun lps?

    • Waalaikumusalam, sekiranya isteri encik masih mampu untuk ganti puasanya sebelum 1 ramadhan pada tahun ini isteri encik tidak perlu bayar fidyah, jikalau tidak mampu untuk ganti puasa sebelum satu ramadhan tahun ini isteri encik barulah dikenakan membayar fidyah. Saya akan email encik untuk penerangan yang lebih lanjut.

  3. Habistu, kalau orang yang ganti puasa tahun ini, tapi bayar fidyah lambat. Contoh, dia tinggal puasa 2015, lepas 2017 dia baru ganti tapi nak bayar fidyah lambat. Maknanya, lepas ramadan 2017 baru dia nak bayar fidyah. Apa hukum dia?

    • Bayaran fidyah akan dikira sehingga dia mengantikan semua puasa yang ditinggalkan dan untuk kes ini fidyah dia akan berganda dari puasa tahun 2016 hingga 2017. jika dia dapat mengantikan semua puasa yang ditinggalkan sebelum satu ramadhan 2017 maka fidyah dia tidak berganda. maknanya tiada masalah kalau dia nak bayar lewat tetapi puasa yang ditinggalkan perlu diganti secepat mungkin. untuk penerangan lebih lanjut saya akan emailkan kepada puan.

  4. Sy nk tahu jumlah fidyah yg sy byr pd 4/7/2016 mncukupi atau tidak. 2013 sy tggl puasa 8 hari tapi tak ganti sehingga lps puasa 2014. Dn sy lupe byr. Kemudian, jumlah yg sy prlu gnti sblum puasa 2015 ialah 20 hari(2014-12 hari sy tggl) tp sy gnti 8 hari shj. So balance 12 hari sy tlh byr fidyah sebanyak rm36 pd ramadan 2015. (Mengikut ustazah sy, 1 hari=rm3 pd masa trsebut). Ramadan 2015 sy tggl puasa 8 hari juga. So jumlah 20 hari(prlu diganti sblum puasa 2016). Sy hnya gnti 6 hari. Balance yg sy tak sempat gnti sehingga sblum 1 ramadan 2016 ialah 14 hari. So pada 4/7/2016(bln ramadan) sy byr rm50(14xrm3=rm42, tapi sy byr rm50 terus). Mse tu, sy tak gndakan tahun kerana ad pndapat mngikut mzhab syafi’e tak perlu ganda tahun. Tp baru2 ni, sy buat research, ad kalangan ulama’ kata perlu gandakan tahun pula. Mcm mane ya? Prlu gnda atau tidak? Kalau prlu, mcm mana dgn jumlah yg telah sy byr pd 2016? Dan bagaimana dgn fidyah yg sy lupe byr tahun 2013?
    Maaf kerana soalan sy mgkin mengelirukan pihak tuan. Sy brharap pihak tuan dapat mnyelesaikan kekeliruan sy ini.

    • Assalamualaikum.Saya nak tanya.Saya tak sempat ganti puasa 2017 5 hari sebelum masuk bulan puasa 2018.Untuk puasa 2018 pula saya tak ingat bilangan hari patut ganti tapi saya dah puasa 7 hari.Tapi saya ingin lebihkan sehingga 12 hari.Jadi 5 hari saya tak sempat habiskan.Saya memang tak mampu habiskan kerana risaukan anak dalam kandungan kerana baru awal kandungan.Jadi berapa saya perlu bayar dan ada gandaan ke?

      • Wa’alaikumsalam Puan Ayu. Berdasarkan apa yang kami faham daripada penerangan puan di atas, puan hanya perlu ganti puasa 5 hari untuk 2017 dan membayar fidyah RM28.50 (tidak termasuk kos pengurusan). Untuk penerangan lebih lanjut, boleh whatsapp ke No. 013-2000 784.

  5. assalamualaikum..sy telah tinggal 10 hari kerana datamg bulan pada tahun lepas.
    dan baru ganti sehari pada tahun ini….now sy hamil..berapa fidyah yg seharusnya saya bayar..krn ramadhan akan tiba.

    • Waalaikumusalam, puan masih belum dikenakan sebarang fidyah dan kalau mampu seeloknya puan ganti terus semua puasa yang puan tinggalkan sebelum masuk ramadhan tahun ini 🙂

  6. Assalamualaikum…. mohon kirakan berapakah bayaran fidyah yg perlu saya byr utk thn2 berikut sekiranya 1 ramadhan 2017 saya x smpat ganti puasa.
    2013 – 5 hari
    2014 – 2 hari
    2015 – 8 hari
    2016 – 7 hari

  7. Assalamualaikum..sy telah tinggal puasa 15 hari pada ramadhan 2016 kerana alahan hamil yang teruk. Saya telah ganti puasa 7hari dan sekarang masih berbaki 8 hari.Saya menyusukan anak dan risaukan anak jika berpuasa. bolehkah sy terus membayar fidyah untuk 8 hari tersebut dan ganti selepas ramadhan 2017? bolehkah ezqurban membantu sy untuk membayar fidyah tersebut?

    • Waalaikummusalam.. Puan tidak boleh membayar lagi fidyah tersebut kerana puan masih belum dikenakan fidyah kerana belum lagi masuk ramadhan tahun 2017. Saya sarankan puan ganti baki puasa puan yang 8 hari tersebut tetapi kalau tak mampu jugak lepas ramadhan baru lah puan dikenakan fidyah. sekarang puan masih tidak dikenakan fidyah.

  8. Assalamualaikum… saya dah banyak tahun belum ganti puasa… adakah saya perlu menggandakan puasa saya, contohnya 8 hari perlu digandakan menjadi 16 hari kena ganti puasa? Boleh ke bayaran fidiyah dibayar dengan wang tapi tetap mengikut jumlah bayaran satu cupak beras sehari…

    • Waalaikumusalam.. puasa yang puan tinggalkan tidak perlu diganti berganda kerana yang berganda hanyalah fidyah puan jikalau lewat ganti. Cara pembayaran fidyah ialah ( jumlah hari tinggal puasa x harga beras semasa (1 cupak) = jumlah fidyah perlu dibayar) dan duit tersebut akan digunakan untuk beli beras dan disedekahkan kepada fakir miskin.

  9. Boleh beritahu cara pengiraan fidiyah kalau sudah banyak tahun tak ganti…
    Contoh kalau 2 tahun betul ke contoh macam ni:
    1 tahun x 2 hari ganti = 2 x RM1.90 = RM3.80
    2 tahun x 2 hari ganti = 4 x RM1.90 = RM7.60
    RM3.80 + RM7.60 =RM 11 .40

    • Formula yang puan tunjuk itu betul, cuma cara kiraannya tidak perlu berganda seperti yang puan tunjukkan itu. Contoh kalau puan tinggal 8 hari, ( 8 x 1.80 = RM 14.40) Itu sahaja jumlah yang perlu puan bayar dan yang saya tunjuk ini cara kiraan fidyah di selangor.

  10. as slm.. sy nk tanya tentang ganti puasa. sy ada puasa yg x ganti lagi utk tahun2 sebelum ini dan jumlahnya agak banyak