“Tak sempat ganti puasa? kamilah yang anda cari..”

240
22554

FIDYAH: GANDAAN VS. TANPA GANDAAN

 

Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas seorang yang meninggalkan puasa wajib (Ramadhan) atas sebab-sebab tertentu, atau sengaja melengahkan ganti puasanya sehingga tiba bulan Ramadhan pada tahun berikutnya.

Persoalannya di sini ialah, jika sekiranya seseorang itu menangguhkan membayar fidyah, adakah ia akan menjadi berganda?

Jawapan ringkasnya ialah, fidyah tidak berganda. Dalam hal ini kami berpandukan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 iaitu:

Bahawasanya pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie“.

Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pembayar ingin membuat pembayaran fidyah secara berganda, maka ianya boleh diterima dan perkara ini adalah sangat digalakkan kerana ia bertepatan dengan pendapat yang terkuat di dalam mazhab As-Syafie.

Namun bagi mereka yang tidak berkemampuan (dari sudut kewangan) untuk membayar fidyah secara berganda, maka boleh juga membayar fidyah tanpa gandaan sepertimana yang telah dinyatakan di atas, dan inilah pendapat dalam mazhab maliki, hanafi, hanbali dan sebahagian pendapat dalam mazhab syafie.

Wallahu A’lam.

UST. MOHD AMIRUL BIN KAMARUDIN
Pendakwah Bebas / Penasihat Syariah
EZ QURBAN SDN. BHD.

Cara pengiraan dan pembayaran fidyah.

barai do barai

 

Antara golongan yang dikenakan fidyah

 

golongan fidyah

 

Antara sebab di kenakan fidyah adalah lewat ganti puasa yang ditinggalkan sehingga tiba bulan ramadhan pada tahun berikutnya. Jika puasa tidak diganti sehingga membawa ke bulan ramadhan pada tahun hadapan fidyah dikenakan tidak berganda jika fidyah tersebut dibayar pada tahun kedua, tetapi fidyah akan berganda bila masuk tahun ketiga dan tahun-tahun seterusnya.

Kedua adalah disebabkan sakit berpanjangan / kritikal / tiada harapan sembuh / sakit tua uzur. Bagi kes ini mereka harulsah membayar fidyah pada tahun yang sama.

Fidyah juga dikenakan bagi ibu yang mengandung dan tidak berpuasa kerana risaukan kesihatan bayi dalam kandungan, jika berlaku keadaan saperti ini maka si ibu perlu membayar fidyah pada tahun yang sama.

Seterusnya adalah disebabkan oleh kematian, sebagai contoh semasa hidup seseorang itu tidak sempat menggantikan puasa yang ditinggalkan semasa hayatnya masih ada. Puasa beliau boleh diganti dan dibayar oleh orang lain.

Oleh itu kami di EZ Qurban Sdn Bhd juga menawarkan perkhidmatan fidyah dan kafarah, untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh rujuk FB kami atau hubungi kami :

FB : EZ FIDYAH

No Telefon : 013-2000784

 

FLYER fidyah

240 COMMENTS

    • ibu mengandung itu tak puasa disebabkan siapa? kalau tak puasa kerana risaukan anak dalam kandungan kena terus bayar fidyah pada tahun sama dan kalau dia tidak berpuasa disebabkan risau kan diri sendiri tak mampu untuk berpuasa sewaktu mengandung kena ganti puasa pada thaun sama, kecuali jika dia lambat ganti puasa maka dia akan dikenakan fidyah.

  1. assalamua’laikum…saya ingin membayar fidyah…tetapi tidak tahu bagaimana pengiraan untuk tahun:-
    2016 (tidak sempat ganti puasa – 1 hari)
    2015 (tidak sempat ganti puasa – 3 hari)
    Saya telah menggantikan puasa untuk tahun 2015 dengan menggadakan puasa yg tertinggal.
    * alasan:- tidak dapat berpuasa kerana mengandung First Trimester pada tahun 2015.
    harap dapat penjelasan. terima kasih

    • Waalaikumusalam, ok puan tidak puasa pada tahun 2015 kerana risaukan bayi dalam kandungan ataupun risau kan diri sendiri?

    • Assalamualaikum ustaz. Saya tinggal puasa saya pada tahun lepas (2016) sebanyak 8 hari. Pada tahun 2017, saya sudah menggantikan puasa saya sebanyak 5 hari tetapi tidak sempat untuk menggantikan puasa saya lagi 3 hari itu sebelum ramadhan tahun ini. Jadi berapakah kadar fidyah yang perlu saya bayar dan di mana perlu saya bayar. Mohon ustaz beri penjelasan. Sekian terima kasih.

      • Waalaikumusalam, jumlah fidyah puan kena bayar ialah rm 5.70 ( 3 hari x harga secupak beras 1.90 = jumlah perlu dibayar rm 5.70 ) kalau puan nak buat pembayaran dengan kami di EZ QURBAN SDN BHD pun boleh, puan hanya hubungi nombor kami 03-618 619 11 atau boleh whatsapp kan ke talian fidyah kami 013-2000 784.

    • Assalamualaikum Pn. Saidah, selepas dah bayar fidyah masih kena ganti puasa. kecuali puan dah ganti puasa yang ditinggalkan pada tahun sama maka puan tidak perlu bayar fidyah. jika puan tidak ganti seingga ke bulan ramadhan tahun depan makan puan dikenakan fidyah dan ganti puasa.

  2. Asalamualaikum.isteri sy belom lg mengantikan puasanya pada tahun lepas sebanyak 7 hari. Sekarang dia tgh mengandungkan anak kami 7 bln.bgaimana ye utk membayar fidyah utk gntikan puasa tahun lps?

    • Waalaikumusalam, sekiranya isteri encik masih mampu untuk ganti puasanya sebelum 1 ramadhan pada tahun ini isteri encik tidak perlu bayar fidyah, jikalau tidak mampu untuk ganti puasa sebelum satu ramadhan tahun ini isteri encik barulah dikenakan membayar fidyah. Saya akan email encik untuk penerangan yang lebih lanjut.

  3. Habistu, kalau orang yang ganti puasa tahun ini, tapi bayar fidyah lambat. Contoh, dia tinggal puasa 2015, lepas 2017 dia baru ganti tapi nak bayar fidyah lambat. Maknanya, lepas ramadan 2017 baru dia nak bayar fidyah. Apa hukum dia?

    • Bayaran fidyah akan dikira sehingga dia mengantikan semua puasa yang ditinggalkan dan untuk kes ini fidyah dia akan berganda dari puasa tahun 2016 hingga 2017. jika dia dapat mengantikan semua puasa yang ditinggalkan sebelum satu ramadhan 2017 maka fidyah dia tidak berganda. maknanya tiada masalah kalau dia nak bayar lewat tetapi puasa yang ditinggalkan perlu diganti secepat mungkin. untuk penerangan lebih lanjut saya akan emailkan kepada puan.

  4. Sy nk tahu jumlah fidyah yg sy byr pd 4/7/2016 mncukupi atau tidak. 2013 sy tggl puasa 8 hari tapi tak ganti sehingga lps puasa 2014. Dn sy lupe byr. Kemudian, jumlah yg sy prlu gnti sblum puasa 2015 ialah 20 hari(2014-12 hari sy tggl) tp sy gnti 8 hari shj. So balance 12 hari sy tlh byr fidyah sebanyak rm36 pd ramadan 2015. (Mengikut ustazah sy, 1 hari=rm3 pd masa trsebut). Ramadan 2015 sy tggl puasa 8 hari juga. So jumlah 20 hari(prlu diganti sblum puasa 2016). Sy hnya gnti 6 hari. Balance yg sy tak sempat gnti sehingga sblum 1 ramadan 2016 ialah 14 hari. So pada 4/7/2016(bln ramadan) sy byr rm50(14xrm3=rm42, tapi sy byr rm50 terus). Mse tu, sy tak gndakan tahun kerana ad pndapat mngikut mzhab syafi’e tak perlu ganda tahun. Tp baru2 ni, sy buat research, ad kalangan ulama’ kata perlu gandakan tahun pula. Mcm mane ya? Prlu gnda atau tidak? Kalau prlu, mcm mana dgn jumlah yg telah sy byr pd 2016? Dan bagaimana dgn fidyah yg sy lupe byr tahun 2013?
    Maaf kerana soalan sy mgkin mengelirukan pihak tuan. Sy brharap pihak tuan dapat mnyelesaikan kekeliruan sy ini.

    • Assalamualaikum.Saya nak tanya.Saya tak sempat ganti puasa 2017 5 hari sebelum masuk bulan puasa 2018.Untuk puasa 2018 pula saya tak ingat bilangan hari patut ganti tapi saya dah puasa 7 hari.Tapi saya ingin lebihkan sehingga 12 hari.Jadi 5 hari saya tak sempat habiskan.Saya memang tak mampu habiskan kerana risaukan anak dalam kandungan kerana baru awal kandungan.Jadi berapa saya perlu bayar dan ada gandaan ke?

      • Wa’alaikumsalam Puan Ayu. Berdasarkan apa yang kami faham daripada penerangan puan di atas, puan hanya perlu ganti puasa 5 hari untuk 2017 dan membayar fidyah RM28.50 (tidak termasuk kos pengurusan). Untuk penerangan lebih lanjut, boleh whatsapp ke No. 013-2000 784.

  5. assalamualaikum..sy telah tinggal 10 hari kerana datamg bulan pada tahun lepas.
    dan baru ganti sehari pada tahun ini….now sy hamil..berapa fidyah yg seharusnya saya bayar..krn ramadhan akan tiba.

    • Waalaikumusalam, puan masih belum dikenakan sebarang fidyah dan kalau mampu seeloknya puan ganti terus semua puasa yang puan tinggalkan sebelum masuk ramadhan tahun ini 🙂

  6. Assalamualaikum…. mohon kirakan berapakah bayaran fidyah yg perlu saya byr utk thn2 berikut sekiranya 1 ramadhan 2017 saya x smpat ganti puasa.
    2013 – 5 hari
    2014 – 2 hari
    2015 – 8 hari
    2016 – 7 hari

  7. Assalamualaikum..sy telah tinggal puasa 15 hari pada ramadhan 2016 kerana alahan hamil yang teruk. Saya telah ganti puasa 7hari dan sekarang masih berbaki 8 hari.Saya menyusukan anak dan risaukan anak jika berpuasa. bolehkah sy terus membayar fidyah untuk 8 hari tersebut dan ganti selepas ramadhan 2017? bolehkah ezqurban membantu sy untuk membayar fidyah tersebut?

    • Waalaikummusalam.. Puan tidak boleh membayar lagi fidyah tersebut kerana puan masih belum dikenakan fidyah kerana belum lagi masuk ramadhan tahun 2017. Saya sarankan puan ganti baki puasa puan yang 8 hari tersebut tetapi kalau tak mampu jugak lepas ramadhan baru lah puan dikenakan fidyah. sekarang puan masih tidak dikenakan fidyah.

  8. Assalamualaikum… saya dah banyak tahun belum ganti puasa… adakah saya perlu menggandakan puasa saya, contohnya 8 hari perlu digandakan menjadi 16 hari kena ganti puasa? Boleh ke bayaran fidiyah dibayar dengan wang tapi tetap mengikut jumlah bayaran satu cupak beras sehari…

    • Waalaikumusalam.. puasa yang puan tinggalkan tidak perlu diganti berganda kerana yang berganda hanyalah fidyah puan jikalau lewat ganti. Cara pembayaran fidyah ialah ( jumlah hari tinggal puasa x harga beras semasa (1 cupak) = jumlah fidyah perlu dibayar) dan duit tersebut akan digunakan untuk beli beras dan disedekahkan kepada fakir miskin.

  9. Boleh beritahu cara pengiraan fidiyah kalau sudah banyak tahun tak ganti…
    Contoh kalau 2 tahun betul ke contoh macam ni:
    1 tahun x 2 hari ganti = 2 x RM1.90 = RM3.80
    2 tahun x 2 hari ganti = 4 x RM1.90 = RM7.60
    RM3.80 + RM7.60 =RM 11 .40

    • Formula yang puan tunjuk itu betul, cuma cara kiraannya tidak perlu berganda seperti yang puan tunjukkan itu. Contoh kalau puan tinggal 8 hari, ( 8 x 1.80 = RM 14.40) Itu sahaja jumlah yang perlu puan bayar dan yang saya tunjuk ini cara kiraan fidyah di selangor.

  10. as slm.. sy nk tanya tentang ganti puasa. sy ada puasa yg x ganti lagi utk tahun2 sebelum ini dan jumlahnya agak banyak disebabkan kejahilan sy yg tidak thu tntng fidyah ini. puasa tahun lepas, 2016 sy x ganti lagi. Memandangkan ramadhan akan tiba sy takut x sempat ganti puasa 2016 itu. Persoalannya, adakah sy perlu ganti puasa utk tahun2 lepas atau thun 2016 dahulu?

    • Waalaikumusalam.. Puasa yang puan tinggalkan tetap kena ganti dan fidyah puan tetap kena bayar dan berkenaan soalan puan “adakah perlu ganti puasa utk tahun2 lepas atau thun 2016 dahulu?” sebenarnya ganti yang mana2 dulu sama sahaja, yang penting ganti sehingga habis semua jumlah hari puasa yang puan tinggalkan.

  11. as slm.. sy nk tanya tentang ganti puasa. sy ada puasa yg x ganti lagi utk tahun2 sebelum ini dan jumlahnya agak banyak disebabkan kejahilan sy yg tidak thu tntng fidyah ini. puasa tahun lepas, 2016 sy x ganti lagi. Memandangkan ramadhan akan tiba sy takut x sempat ganti puasa 2016 itu. Persoalannya, adakah sy perlu ganti puasa utk tahun2 lepas atau thun 2016 dahulu?

    • Waalaikumusalam.. Puasa yang puan tinggalkan tetap kena ganti dan fidyah puan tetap kena bayar dan berkenaan soalan puan “adakah perlu ganti puasa utk tahun2 lepas atau thun 2016 dahulu?” sebenarnya ganti yang mana2 dulu sama sahaja, yang penting ganti sehingga habis semua jumlah hari puasa yang puan tinggalkan.

  12. Tahun ni 2017 sy dah start ganti puasa untuk tahun 2016 selama 7 hari. Tetapi start 2015 dan tahun2 yg lain. Sy tak ganti lagi. So puasa untuk tahun seblumnye dan sebelumnya perlu ganti kan? Then klu tak sempat ganti tahun sblm nya smpi 1 ramadan 2017 mcm ne plak? Puasa kene ganti jugak kan walaupun dah lepas ramadan 2017? Dan fidayah kene bayar jugak. Kalau pengiraan fidayah untuk negeri johor mcm ne untuk 1 cupak?

    • Assalamualaikum puan, untuk puasa yang puan tinggalkan pada tahun 2016 kalau puan sempat ganti semua puasa yang puan tinggalkan sebelum masuknya 1 ramadhan 2017 maka puan tidak akan dikenakan sebarang fidyah. Sekiranya tidak sempat ganti semua baru lah puan dikenakan fidyah dan puasa2 yang puan tinggalkan sebelumnya tetap kena ganti dan kena bayar fidyahnya. Untuk pengiraan fiydah semuanya sama saja caranya ialah (Jumlah hari tinggal puasa x Harga beras semasa = Jumlah fidyah yang wajib dibayar )

  13. Assalamualaikum wbt.
    Saya pernah “bersama” isteri saya pada siang hari di bulan puasa tahun lalu. Saya cuba menggantikan puasa sy dgn mengenakan kifarah puasa selama 2 bulan berturut2, namun saya gagal mengawal nafsu syahwat sy pd hari yg ke-26. Saya difahamkan cara membayar kifarah perlulah mengikut urutan iaitu memerdekakan seorg hamba, puasa 2 bula berturut, dan memberi makan 60 fakir miskin. Adakah keadaan diri saya ini membenarkan saya untuk membayar kifarah secara wang (beri makan 60 fakir miskin) atau saya perlu ulangi semula puasa saya? Sekian.

    • Waalaikumusalam tuan, tuan boleh bayar secara wang tunai atau ulangi semula puasa untuk 2 bulan berturut turut. Memandangkan tuan sudah cuba untuk puasa selama 2 bulan berturut-turut tetapi tidak sempat, saya cadangkan tuan bayar kifarah tuan secara wang tunai tetapi sekiranya tuan rasa mampu untuk puasa 2 bulan berturut-turut tuan boleh ulanginya semula, mana-mana pun boleh tuan asalkan tuan mampu.

  14. Salam Tuan,
    1. Untuk yang lewat menggantikan puasa, bilakah bermula masa untuk membayar fidyah?

    Pada 2012 – saya bersalin dan berada dalam nifas sepanjang Ramadhan 29 hari.
    Kerana ada5 hari tak sempat ganti, saya telah memberikan nilai wang fidyah kepada fakir, dengan niiat untuk ‘membayar fidyah’ pada 29 Syaaban/sebelum masuk 1 Ramashan pada 2013.

    Apabila membaca soalan2 dan jawapan di atas, tiba2 jadi ragu ttg status fidyah tersebut. Mohon pencerahan dan tindakan lanjut

    • Waalaikumusalam, Tempoh untuk menggantikan puasa bermula 2 syawal sehingga 29 syaaban kecuali pada 1 syawal, hari tasyrik ( 10, 11,12 dan 13 zulhijah ) dan hari syak. Untuk fidyah pada tahun 2013 puan sudah dikira membayarnya, jadi puan hanya perlu gantikan puasa yang puan tinggalkan selama 5 hari tersebut. Untuk kiraan berganda, sekiranya selepas ramadhan 2013 puan masih tidak ganti puasa sehingga masuk ramadhan tahun 2017, puan perlu membayar fidyah tersebut dengan kiraan berganda dari tahun pertama puan tinggal puasa sehingga tahun terakhir sampai puan ganti semua puasa yang ditingglkan. Jika puan sudah menggantikan 5 hari puasa yang puan tinggalkan maknya puan sudah tidak lagi dikenakan fidyah.

  15. Salaam ustaz..sy nak tanya berkenaan ganti puasa..sy ada lg baki puasa tp xingat berapa hari yg sebetulnya..sy aggap 40 ari,sengaja sy lebihkan ari nya..ni adalah puasa utk bbrpa tahun yg sy xberapa ingt jum.puasa yg sbnr..jadi bole ke jika sy ganti puasa ini slpas ramadhan thn ni? Atau sy kena ganti juga walau sedikit..dan baki nya ganti lepas puasa thn ni..kadar byran fidyah utk sy kiranya 40xharga beras semasa (1 cupak) la kan..? Gandaan fidyah tu mcm mana pulak ye ustaz..? Sb seingat sy dlm 4 tahun sy tangguh ganti ni…hhmm..mohon penjelasan..sb dah mula risau..dulu xde kesedaran..skg baru nak ganti..

    • Waalaikumusalam, seeloknya kalau puan mampu cuba habiskan semua puasa ganti puan sebelum masuknya bulan ramadhan, jika tak sempat ganti lah setakat yang termampu untuk meringakan pembayaran fidyah. Cara kiraan yang puan bagi itu memang betul, cuma kiraan fidyah ini mengikut tempat untuk berganda atau tidak berganda. Seperti di Selangor, Persatuan Zakat Selangor telah menetapkan jumlah bayaran fidyah di negeri Selangor tidak berganda dan mereka selaraskan harga beras semua RM 1.90 untuk a cupak. Dan untuk kiraan berganda pulak agak rumit sedikit, sebab iainya bergantung kepada keadaan dan berapa lama puan tinggal puasa, adakah secara berperingkat? atau tinggal selang-selang setiap tahun? dah berapa yang hari yang ganti? dan sebagainya, untuk kiraan fidyah berganda lebih elok puan buat panggilan kepada kami di 03-618 619 11 atau Whatsapp kan kepada kami di 013-318 6984.

  16. Terlupa ustaz..bole x lau sy byr fidyah tuk 40ari dlu,then baru ganti puasa secara ansuran? T.kasih… (^_^)

    • Boleh puan, memandangkan sudah tidak sempat untuk gantikan kesemua kerana kita ada lagi 15 hari sebelum masuk ramadhan, puan boleh terus bayar fidyah atau seeloknya puan cuba dulu ganti sebanyak mungkin untuk mengurangkan jumlah fidyah yang puan harus bayar tahun ini.

  17. assalamualaikum ustaz..
    sy tinggal puasa pd tahun 2015 kerana alahan yang teruk.sy catat dalam 14hari. Pada 2015, saya sempat menggantikan 1hari puasa. pada 2016 pula, sehari juga puasa diganti. dan pada 2017, sayatelah menggantikan 7hari. baki puasa yg belum dilunaskan ialah 5hari. masalah sy lambat menggantikan puasa ialah kerana faktor kesihatan dan saya masih menyusukan anak sy.kini anak saya sudah setahun 4bulan dan apabila sy cuba menggantikan puasa, saya memang rasa tidak berdaya kerana turut bekerja di samping menyusukan anak.bagaimana pengiraan fidyah? dan apakah kesan jika saya tidak dapat menghabiskan baki 5hari puasa lagi? terima kasih.

    • Waalaikumusalam.. puasa yang puan tinggalkan wajib diganti tidak kiralah tinggal berapa hari lagi kerana selagi mampu kita kena ganti puasa. Dan fidyah puan akan sentiasa kena bayar selagi puan tak qadha kan semua puasa yang puan tinggalkan, selain itu saya nak tanya pada tahun 2016 puan ganti puasa puan yang 1 hari tu sebelum atau selepas ramadhan 2016?

  18. Asslamualaikum..boleh tanya kadar bayaran fidyah sekiranya tidak ganti puasa dari tahun 2007 sehingga tahun lepas.saya pn dah x igt berapa hari tp saya boleh agak dlm 7 hari sepanjang saya uzur ketika berpuasa.maaf mmg agak jahil ttg fidyah ni dan alpa.saya harap pihak tuan dpt membantu secepat mungkin terutamanya urusan fidyah.in shaa Allah selepas ini saya akan cuba utk ganti puasa

    • Waalaikumusalam, boleh saya tahu puan tinggal puasa pada tahun 2007 sahaja ke atau puan tinggal setiap tahun dari 2007 hingga 2016 sebanyak 7 hari? untuk memudahkan kerja puan, boleh puan hubungi kami di talian 03-618 619 11 dan puan boleh bertanyakan dengan lebih lanjut.

      • Assalamualaikum.sy nak tnya kalau sy x pernah ganti puasa dr umur 10 thn hingga timbul kesedaran masa umur 25 thn sbb sblm ni jahil agama..jika dikira lbh kurang 7×15=105 hari.bagaimanakah caranya utk ganti semula puasa2 tsebut?dan katakan pd thn ni sy perlu ganti puasa 7 hri, adakah perlu sy gantikan puasa utk thn semasa dahulu atau selesaikan puasa ganti yg terdahulu?bolehkah sy gantikan puasa utk thn semasa dahulu utk mngelakkan fidyah utk thn ini?atau adakah perlu gantikan puasa thn2 yg sebelum ini dahulu utk elakkan bayaran fidyah berganda?

        • Wa’alaikumsalam Nat Zeti, Puasa WAJIB diganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan, dan boleh berpuasa mengikut kemampuan diri. Manakala Fidyah bagi puasa yang telah ditinggalkan pula WAJIB dibayar mengikut kiraan tertentu. Untuk mengira jumlah bayaran Fidyah yang dikenakan, maka kami perlukan beberapa maklumat seperti berikut; tahun kelahiran / tahun usia baligh > jumlah hari tinggal puasa > tahun tinggal puasa.

          Contoh:
          Tahun kelahiran : 1980
          Tahun Baligh : 1995 (umur 15 tahun)
          Tahun tinggal Puasa : 1995 hingga 2018
          Jumlah hari tinggal puasa: 30 hari (setiap tahun)

          Untuk penerangan lebih lanjut, hubungi No. Whatsapp 013-2000 784.

    • kalau untuk setiap tahun puan tinggal puasa kiraannya ialah ( 7 hari x 9 tahun = 63 hari ) ( 63 hari x 1.90 harga satu cupak beras = rm 119.70 jumlah fidyah perlu dibayar )

  19. Assalamualaikum ustaz..saya perlukan bantuan ustaz berkenaan ganti puasa dan Bayaran fidyah..saya ada meninggalkan puasa sepanjang 2005-20016…dan saya sendiri terlupa ada yang ganti dan tidak…saya nak selesaikan semua hutang-hutang saya…tolong bantu saya segera…terima kasih ustaz…

    • Waalaikumusalam, semasa 2005 hingga 2016 puan tinggal puasa selama berapa hari? Adakah sama setiap tahun ataupun berbeza-beza? Untuk penerangan lanjut puan boleh hubungi kami di talian 03-618 619 11.

  20. Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. pada ramadhan 2016 sy meninggalakn puasa sebanyak 15 hari kerana uzur wanita (period). Masih berbaki 2 hari yang belum diganti sehingga kini kerana kitaran uzur awal dari yang sepatutnya, dan saya rasa tidak sempat diqadha lagi 2 hari tersebut sehingga ramadhan yang akan bermula in sha Allah pada 27/5/2017 kerana saya masih uzur.

    Jadi boleh saya tahu kadar fidyah yang dikenakan dan bila saya harus membayar fidyah atas kecuaian sy sendiri, Terima Kasih

    • Waalaikumusalam, kiraan jumlah fidyah untuk puan ialah
      ( 2 hari x rm 1.90 harga secupak beras = rm 3.80 jumlah fidyah yang perlu dibayar ). untuk penerangan lanjut boleh hubungi kami di talian 03-618 619 11.

  21. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ Tuan,
    Pada tahun 2015, saya telah meninggalkan puasa sebulan penuh ramadhan kerana baru mendapat baby dan berpantang…dan pada tahun 2016 saya telah meninggalkan puasa 7 hari(period) dan masih belum sempat ganti lagi… Dan saya menetap di kuala lumpur… Persoalan saya berapa kah fidyah yang saya kena bayar? Dan adakah saya boleh mengikut kiraan selangor yg kiraan fidyah nya tidak berganda walaupun saya menetap di kuala lumpur? Terima kasih

    • Waalaikumusalam, fidyah yang puan perlu bayar ialah ( 37 hari x rm 1.90 harga secupak beras = rm 70.30 jumlah fidyah perlu dibayar ) boleh sahaja puan, kerana kiraan fidyah ada dua sahaja ” berganda ” dan ” tidak berganda ” jika puan mampu nak bayar boleh bayar beganda, jika tidak mampu bayar yang tidak berganda pun dah mencukupi. untuk keterangan lanjut puan boleh hubungi kami di ( talian ) 03-618 619 11 atau boleh ( whatsapp ) kami dia 013-318 6984.

  22. Assalamualaikum Tuan, Saya nak bertanya 2 soalan :
    1. Pada tahun 2015 saya telah meninggalkan puasa 6 hari atas sbb haid. Tapi tak mampu menggantikan sehingga tiba Ramadhan 2016 atas sebab menyusukan bayi ketika itu. Saya telah membayar fidyah untuk 6 hari ini sebelum Ramadhan 2016. Soalan: Perlukah saya bayar fidyah lagi thn ini kerana masih tak gantikan puasa tersebut mengandung dan menyusukan dan sekarang mengandung lagi? Wajibkah puasa tersebut diganti setelah fidyah dibayar?

    2. Pada tahun 2016, saya telah meninggalkan puasa sebanyak 23 hari atas sebab nifas (melahirkan). Dan masih tidak menggantikan puasa tersebut atas sebab masih menyusukan risau keadaan diri sendiri yang tak berdaya untuk menggantikan puasa. Soalan: Berapakah kadar fidyah yang perlu dibayar dan perlukah saya menggantikan puasa tersebut?

    Terima Kasih.

    • Waalaikumusalam, untuk soalan 1 : puan perlu bayar fidyah lagi sekali untuk tahun 2017, dan puasa yang puan tinggalkan selama 6 hari tersbut wajib di diganti secepat mungkin. Untuk soalan 2 : jumlah fidyah yang puan perlu bayar ialah untuk 2016 ialah ( 23 hari X rm 1.90 = rm 43.70 ). Tetapi memandangkan puan tidak ganti lagi puasa yang puan tinggalkan pada tahun 2015 iaitu selama 6 hari, jadi saya campurkan sekali dengan jumlah puasa yang puan tinggalkan pada tahun 2016 menjadikan kiraannya ialah ( 29 X 1.90 = RM 55.10 ). RM 55.10 ini ialah jumlah keseluruhan fidyah yang puan perlu bayar.

  23. Assalam ustaz .. Akk dah banyak tahun tinggal puasa dr tahun 92, akibat keguguran anak, n hingga tahun2 seterusnya..akibat kelalaian sendiri..makin lama makin banyak, sehingga akk x ingat jumlah sebenar,,tp akk anggarkan utk 100hari..hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja akak mula mengqadha puasa puasa ikut masa, mkna sbelum masuk ramadhan akn datang, akk akan qadha puasa2 yg tinggal..utk puasa2 yg lama..akk dah ganti dlm 20hari..makna ada dlm 80hari lagi berbaki hingga hari ini..bagaimana cara nak kira dan bayar fidyah?dan akk sungguh2 xmampu jika terpaksa d gandakan..sbb tentu akan jadi ribuan ringgit.. Tolong kirakan ustaz..bolehkah fidyah d bayar sebelum habis qadha puasa yg dlm 80hari lg itu? Jazakallahu khair

    • Waalaikumusalam, untuk kiraan fidyah puan ialah ( 80 hari x rm 1.90 = rm 152.00 jumlah fidyah perlu dibayar ).

  24. Assalammualaikum Ustaz,

    sekiranya saya telah bayar fidyah pada tahun ini berdasarkan tahun2 sebelum ini yang puasa nya tidak diganti, akan tetapi kerana terlalu banyak dan tidak sempat menghabiskan puasa ganti, adakah selepas ramadhan 2017, saya akan dikenakan lagi fidyah utk puasa yang masih dihutang pada tahun tahun sebelum nya?

    • Waalaikumusalam puan, fidyah ialah denda yang dikenakan untuk kita kerana melambatkan ganti puasa yang ditinggalkan pada bulan ramadhan lepas. Sekiranya puan tidak ganti habis lagi puasa yang ditinggalkan maka setiap kali lepas masuk ramadhan lain puan tetap dikenakan fidyah sehingga puan habis ganti semua puasa yang ditinggalkan.

  25. assalammualaikum..
    saya x ganti puasa tahun 2000 selama 10 hari dgn segera, sy cuma gantikannya pd tahun 2005 (10 hari).
    Soalan 1: perlukah sy gandakan ganti puasa trsebut krn lambat ganti?
    Soalan 2: berapakah jumlah fidyah yg harus sy bayar? hingga hari ini belum byr fidyah lagi..

    • Waalaikumusalam, untuk ganti puasa tidak perlu berganda, cukup puan ganti berapa hari yang puan tinggalkan sahaja. Cuma fidyah yang puan kena bayar sahaja berganda. Itupun kalau puan mampu bayar berganda jika tak mampu puan boleh bayar yang tidak berganda. Untuk keterangan lanjut puan boleh hubungi EZ Qurban Sdn Bhd di talian 03-618 619 11.

  26. assalamualaikum. sy selalu lupa berapa hari sy tinggal puasa. kadang2 sy ganti pun xcukup ikut hari yg sy tinggal puasa. mcm mana nak kira utk fidyah ye ? lagi satu, kawan saya dah bayar fidyah tapi dia x sempat ganti puasa . adakah dia kena byr fidyah lagi utk tahun berikutnya ?

    • Waalaikumusalam, jika puan tidak ingat berapa hari tinggal dan berapa hari ganti cara terakhir ialah kita akan kira puan tidak puasa terus 30 hari dan puan kena ingat berapa tahun puan ada tinggal puasa sebelum puan puasa penuh, baru lah senang untuk kira fidyah puan. Untuk kes kawan puan pula, fidyah yang dia sudah bayar tidak perlu dibayar balik cuma kalau dia tak ganti lagi puasa yang ditinggalkan sehingga masuk ke tahun-tahun baru maka dia akan dikenakan fidyah baru.

  27. Assalamualaikum
    Tahun lepas 2016 saya tak dapat ganti puasa 5hari disebabkan hamil dan alahan .saya kena bayar fidyah sekarang atau selapas habis ramadhan 2017

    • Waalaikumusalam, kalau nak bayar sekarang pun dah boleh sebab puan sudah terlewat untuk ganti puasa tahun lepas sebelum masuk bulan ramadhan tahun ni, jadi puan sudah pun dikenakan fidyah.

    • Boleh puan, puan buat pembayaran kepada kami melalui akaun ( EZ FADAA SDN BHD / MAYBANK 5624 0562 0118 ) dan hantarkan gambar bukti pembayaran kepada kami melalui whatsapp ke nombor ( EZ FIDYAH 013 2000 784 ). Seeloknya puan whatsapp dahulu untuk bertanya tentang caj pengurusan kerana kami akan kenakan caj pengurusan untuk setiap jumlah fidyah yang dibayar.

    • Salam puan, boleh puan whatsapp kami di nombor telefon ( EZ FIDYAH / 013 2000 784 ) untuk keterangan lanjut.

    • Assalamualaikum tuan, jika tuan tidak ingat berapa hari tinggal puasa kami akan kira untuk sebulan terus maknanya kami kira tuan tidak puasa untuk sebulan terus, untuk keterangan lanjut tuan boleh whatsapp kami di nombor ( EZ FIDYAH 013 2000 784 ).

  28. Kalau sebulan kiraan fidyah dia mcm mana ye.

    Lg satu kalau beri mkn pd 60 org fakir miskin bersamaan berapa rm sy kena byr…tq

    • Maaf tuan, agak susah untuk saya terangkan disini. boleh tuan hubungi kami talian ( 03 618 619 11 ) atau boleh whatsapp ke nombor ( 013 318 6984 ). terima kasih tuan.

  29. Assalamualaikum,
    tahun lepas sy x berpuasa selama 26 hari sebab mengandung & pernah masuk wad sbb mslh kesihatan jd doctor cadangkan supaya x perlu berpuasa, sy telah ganti puasa sepenuhnya seblm ramadhan 2017, adakah sy perlu byr fidyah juga?

    • Waalaikumusalam, puan tidak perlu untuk membayar fidyah kerana puan sempat menggantikan semua puasa yang puan tinggalkan sebelum masuknya ramadhan tahun 2017. Fidyah akan dikira sekiranya puan melewat-lewatkan ganti puasa dari bermula selepas ramadhan tahun pertama sehingga selepas ramadhan tahun kedua dan di antaranya ouan tidak qadha puasa yang ditinggalkan.

  30. Assalamualaikum tuan. Saya tinggal puasa sebanyak 4 hari pada 2012. Pada 2013,saya lupa untuk menggantikan puasa tetapi pada 2014 saya gantikan puasa 4 hari tanpa membayar fidyah. Jadi sehingga sekarang 2017,saya ingin membayar fidyah. Jadi bagaimana pengiraan fidyah saya dan bilangan hari untuk saya mengqada puasa?

  31. Assalamualaikum tuan. Saya tinggal puasa sebanyak 4 hari pada 2012. Pada 2013,saya lupa untuk menggantikan puasa tetapi pada 2014 saya gantikan puasa 4 hari tanpa membayar fidyah. Jadi sehingga sekarang 2017,saya ingin membayar fidyah. Jadi bagaimana pengiraan fidyah saya dan bilangan hari untuk saya mengqada puasa? Terima kasih

    • Waalaikumusalam puan, fidyah ini ialah denda yang dikenakan untuk seseorang yang melewatkan-lewatkan ganti puasa sehingga masuk bulan ramadhan yang lain. Untuk kes puan ini, puan hanya dikenakan fidyah sebanyak 4 hari sahaja dan jumlah fidyah yang puan kena bayar ialah rm 7.60 sen ini kerana puan telah pun menggantikan puasa puan pada tahun 2014 jadi puan hanya dikenakan fidyah kerana tidak gantikan puasa puan pada tahun 2013 sahaja. Untuk penerangan lebih lanjut puan boleh hubungi kami di talian 03 618 619 11/013 238 6000.

  32. Assalammualaikum.. nak tanya ni… wajibkah seseorang remaja yg masih bersekolah, belum bekerja dan masih ditanggung oleh ibu dan bapa nya membayar zakat fidyahnya sendiri kerana tak sempat menggantikan puasanya pada tahun lepas?

    • Waalaikumusalam, Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang Mukalaf. Fidyah dikenakan apabila seseorang itu meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa yang ditinggalkan sehingga masuk bulan ramadhan yang seterusnya. Jika mereka sempat ganti maka tidak dikenakan fidyah. Jadi tidak kira sama ada kanak-kanak(dah baligh), remaja, dewasa atau orang tua jika mereka meninggalkan puasa mereka wajib menggantikannya dan jika lewat ganti maka kena bayar denda iaitu fidyah. Untuk kes puan ini remaja tersebut masih belum lagi dikenakan fidyah, jika dia sempat gantikan semua puasa yang dia tinggalkan sebelum masuk ramadhan tahun ini maka dia terlepas dari dikenakan fidyah.

  33. Perlukah kita menggandakan bilangan hari puasa ketika hendak menggantikannya pada tahun lain? Contohnya pada tahun 2015 dia meninggalkan puasa sebanyak 10 hari dan pada tahun 2016 dia meninggalkan puasa sebanyak 7 hari dan pada tahun ini dia meninggalkab puasa sebanyak 8 hari… Jadi kesimpulannya berapa harikah yg patut digantikan puasanya?

    • Tiada gandaan untuk ganti puasa yang ditinggalkan, hanya perlu ganti sahaja mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sebaliknya gandaan boleh berlaku dalam bayaran fidyah. Merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan Lembaga Zakat negeri Selangor tiada gandaan untuk bayaran fidyah. Tetapi mengikut mazhab Syafi’e bayaran fidyah perlu berganda mengikut tahun yang ditinggalkan. Kiraan Fidyah ialah bilangan hari tinggal puasa X satu cupak beras ( satu cupak beras bersamaan dengan harga 700 gram beras yang dimakan ) = jumlah fidyah perlu dibayar.

  34. Slm.. Nak tanya, lebih kurang 6 tahun sya tak gnti puasa dan dlm 6 tahun tu ada beberapa hri yg sya gnti puasa tpi sya tak ingt brapa hri sya gnti puasa dan brapa hri sya tak.. Macam mna sya perlu byr fidyah klw tak pasti brapa hri yg tinggl? Mohon bantuan dan penjelasan..

    • Wasalam puan, jika puan tidak ingat berapa hari puan tinggal puasa dalam masa 6 tahun tersebut, cara terbaik ialah dalam setahun kita kira puan tidak puasa selama 30 hari, maknanya setiap tahun selama 6 tahun puan tinggal puasa selama 30 hari. Untuk pertanyaan lanjut puan boleh hubungi kami di talian 03-618 -619 11 atau 013-238 6000

  35. Assalammualaikum ustad,sy nk tanya sy da byk tahun tidak mngantikan puasa…tp ad jugak sy ganti… tp sy tk igt berapa jmlah hri yang saya ganti..jafi bgaimanakah pengiraan tersebut.. dn sekiranya sy ingin mmbayar jmlah fidyah tersebut, adakah sy perlu mengikut pengiraan harga secupak beras mengikut negeri yg sy menetap???

    • Waalaikumusalam, jika tidak ingat berapa hari puan tinggal puasa, sekurangnya puan kena ingat berapa tahun puan tinggal puasa dan kita akan kira puan tinggal puasa sebanyak 30 hari untuk setiap tahun yang puan tinggal puasa. Untuk pengiraan harga secupak beras ialah berdasarkan harga secupak beras yang puan makan setiap hari.Untuk pertanyaan lebih lanjut puan boleh hubungi kami melalui talian 03-618 619 11 atau 013-238 6000

  36. jika pembayaran fidyah terlampau banyak bolehkah fidyah dibayar secara ansuran??? tetapi puasa yang perlu diganti dilunaskan dahulu ??

    • Boleh puan, yang penting lunaskan semua puasa yang ditinggalkan tanpa ada yang tercicir. Dan bayaran fidyah boleh dibayar secara berganda atau tidak berganda, jika bayaran berganda terlalu membebankan kita boleh bayar dengan kiraan yang tidak berganda.

  37. boleh tak tolong kirakan untuk saya,saya tinggal puasa maybe dua tahun berturut2 sejak 2010 dan 2011 dan beberapa hari pada 2012,anggarkan saja 15 hari pada tahun 2013.jadi berapa jumlah yang saya perlu bayar pada tahun 2019?actually saya tidak pernah membayar fidyah lagi.dan skrg sy student.

    • Maaf puan, soalan puan agak keliru. Boleh puan hubungi kami di talian EZ QURBAN SDN BHD : 03 – 618 619 11 atau puan boleh whatsappkan sahaja ke no EZ FIDYAH : 013 – 2000 784 untuk sebarang soalan. Terima kasih puan.

  38. Assalamualaikum, saya telah melahirkan anak pd 1 ramadan tahun lepas. Oleh itu sy tidak dpt berpuasa sepanjang bulan ramadhan. Saya telah cuba utk berpuasa ganti tetapi tidak konsisten kerana sy juga masih menyusukan anak. Maka sy ingin membayar fidyah kerana kuatir tidak dpt ganti puasa sepenuhnya sebelum ramadan tahun ini. Bolehkah sy berbuat demikian?

    • Waalaikumusalam, buat masa sekarang puan masih belum dikenakan fidyah lagi, puan hanya kena ganti puasa yang puan tinggalkan pada ramadhan lepas sebanyak mungkin kalau boleh bagi cukup sebulan supaya puan tidak dikenakan fidyah langsung. Tetapi, jika selepas masuk bulan ramadhan tahun ini puan tidak ganti penuh lagi puasa yang puan tinggalkan pada tahun lepas baru lah puan dikenakan fidyah.

  39. assalamualaikum, maaf ingin bertanya. sekiranya saya qada’ dulu puasa-puasa yang saya telah tinggal beberapa tahun lepas, kemudian baru buat pembayaran fidyah boleh ke?

  40. As’salamualaikum saya nak tanya betul ke sekarang tak perlu bayar gadaan fidyah cuma byar berapa hari yg kita tinggal shja..saya keliru sebab kalau di zakat selangor kata tak perlu byar yang gandaan tetapi ada yg cakap kena bayar gandaan?

    • Wa’alaikumusalam, fidyah boleh dibayar melalui dua cara sama ada berganda atau tidak berganda. Kalau mengikut Zakat Selangor mereka dah tetapkan bayaran fidyah tidak berganda.Jika puan mampu seeloknya bayar berganda, tapi yang paling penting ialah kita ganti semua puasa yang dah ditinggalkan.

  41. Assalamualaikum ustaz… Saya nak tanya kalau bayar zakat bank online guna mesin kan? Kalau kita xde akaun bank tapi ibu saya ada, lpastu sye suruh dia bayarkan guna duit saya tapi akaun dia….pembayaran zakat tu dikira saya yang bayar ke atau ibu saya?

  42. Assalamualaikum ustaz..sy nak tny macam mana sy nak selesaikan fidyah arwah ayah sy. Pada tahun 2006 arwah ayah sy tinggal puasa 14 hari dan utk tahun 2013 beliau tak boleh berpuasa lgsg sepanjg bulan ramadan. Tahun 2017 ayah sy meninggal dunia. Berapakah fidyah yg perlu sy bayar dan perlukah waris menggantikan puasa utk arwah ayah sy?

    • Waalaikumusalam, berkenaan soalan puan mengenai ganti puasa untuk arwah,banyak pendapat suruh bayar fidyah dan tak dipertanggungjawabkan ke atas waris untuk menggantikannya, tetapi jika puan nak ganti juga terpulang kepada puan. Soalan seterusnya, untuk pengiraan fidyah arwah saya sertakan dua jawapan iaitu berganda dan tidak berganda; (BERGANDA) : (TAHUN 2006 : 14 HARI x 10 tahun x RM 1.90 = RM 266). (TAHUN 2013 : 30 HARI X 3 TAHUN X RM 1.90 = RM 171) RM 266 X RM 171 = RM 437 #. (TIDAK BERGANDA) : 14 HARI X 30 HARI = 44 HARI X RM 1.90 = 83.60 # .

    • Waalaikumussalam, boleh tuan tiada masalah, Untuk penerangan lebih lanjut boleh hubungi kami di talian 03 – 618 619 11.

  43. As salam ustaz, sy pun nk tanye soalan yg sama. Boleh ke sy ikut perkiraan neg selangor wpun sy duk di trg.
    Tkasih ustaz.

    • Waalaikumussalam, boleh tuan tiada masalah, Untuk penerangan lebih lanjut boleh hubungi kami di talian 03 – 618 619 11.

  44. Assalamualaikum. Sy tlh meninggalkn puasa dri 2006 hingga 2016 dgn tidak berpuasa selma sebulan setiap thun..sy amat jahil pada waktu tersebut.. boleh sy tahu kadar fidyah saya dn jika sya x dpat ganti sepenuhnya pada thun ni hingga ke ramadhn thun dpan, adakh fidyah dikenakan skali lagi wlaupun dah byr utk thun ni.. jika sy x mmpu adkh ada gandaan fidyah..

    • Waalaikumussalam, maknanya puan telah meninggalkan puasa selama 11 tahun dan setiap tahun 30 hari. Untuk kiraan fidyah puan tanpa gandaan ialah 30 hari X 11 tahun X RM 1.90 (1 CUPAK BERAS) = RM 627.00 #. Jika puan tidak ganti sepenuhnya tahun ini puan akan dikenakan lagi fidyah tetapi jumlahnya akan berubah jika puan dah ada ganti sedikit. Untuk pertanyaan lanjut puan boleh hubungi no telefon kami 03-618 619 11 ataupun puan boleh tinggalkan no telefon puan dan pihak kami akan hubungi puan. Terima kasih.

  45. As Salam Tn,
    Semasa saya muda sememang nya saya jahil . Dan saya telah meninggal kan puasa ramadzan saya dari 1975 hingga 1980. Dan mula berpuasa kembali pada tahun2 yang berikut nya. Mohon kiraan fidyah yang perlu saya tunaikan

  46. Assalamualaikum..
    kalau nk qada’ puasa, puasa tahun lepas atau puasa tahun sebelum2 ini perlu diutamakan?

    • Waalaikumussalam, semua puasa yan ditinggalkan tidak kira berapa tahun sebelum ni wajib diganti dan diutamakan. Puasa tahun lepas juga seeloknya puan ganti segera sebelum masuk bulan ramadhan tahun ini supaya tidak dikenakan fidyah.

    • Saya tidak sempat untuk ganti puasa saya tahun lepas (4hari) jadi bila saya perlu bayar Dan pada siapa saya perlu bayar

      • Puan masih belum dikenakan fidyah jika puan sempat gantikan semua puasa tersebut sebelum masuk ramadhan tahun ini, jika tidak sempat puan kena bayar bila tiba ramadhan tahun 2018. Puan boleh buat pembayaran kepada kami dan kiraan fidyah puan jika tidak sempat ganti 4 hari X 1.90 = RM 7.60 termasuk caj pengurusan = RM 17.60 #

  47. assalammualaikum..dulu saya jahil dan tak faham konsep fidyah, jadi saya selalu tak ganti puasa bila datang bulan. macam mana saya nak kira fidyah saya ye kalau tak ingat brp hari saya dah tinggalkan?

    • Waalaikumussalam, jika tidak ingat dengan tepat puan boleh anggarkan berapa hari puan tinggal puasa, jika tidak boleh anggar puan kena kira setiap tahun puan tidak puasa 30 hari. Untuk pertanyaan lanjut puan boleh hubungi nombor telefon kami 03-618 619 11 atau Whatsapp ke nombor EZ FIDYAH 013 2000 784.

  48. Assalamualaikum… Tuan, berapa fidyah yang saya kena bayar apabila saya telah tinggalkan puasa 11 hari pada tahun 2004…pada tahun tersebut sahaja saya tidak gantikan puasa, tahun seterusnya saya ganti seperti yang saya tinggalkan…mohon penjelasan.

    • Waalaikumussalam, boleh saya tahu bulan berapa dan tahun bila puan gantikan puasa yang puan tinggalkan selama 11 hari pada tahun 2004 tersebut? ataupun puan boleh hubungi nombor telefon kami di 03-618 619 11 atau whatsappkan sahaja ke nombor EZ FIDYAH kami 013-2000 784 untuk pertanyaan lanjut.

  49. Assalamualaikum, saya berumur 18 tahun dan saya start cuti puasa(uzur) semasa umur 11 tahun. Setiap tahun saya ganti puasa tapi takpernah cukup . Jadi saya kena bayar fidyah kan ? tapi masalah sekarang saya takpernah bayar fidyah dan saya ingat nak bayar tahun ni tapi saya dah lupa berapa hari saya belum ganti sampai dah melangkau tahun. Jadi macam mana nak kira jumlah untuk kita bayar fidyah ? saya betul betul nak tahu dan nak langsaikan hutang ?

    • Waalaikumussalam, untuk situasi puan ini seeloknya puan anggarkan dengan yakin berapa hari puan tinggal puasa setiap tahun supaya memudahkan pengiraan fidyah puan. jika puan tidak dapat anggar, cara terbaik untuk kira fidyah ialah kita akan anggarkan setiap tahun puan tidak puasa selama 30 hari. Jika kurang jelas dengan jawapan ini atau untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mohon puan hubungi kami di talian 03-618 619 11 atau whatsapp ke 013-200 784.

  50. Assalamualaikum . Saya ingin bertanya . Boleh kah kalau kiraan untuk membayar fidyah dikira sebnyak 15 hari sahaja ( tempoh terpanjang uzur haid ) ? Ataupun wajib dikira sbyk 30 hari walaupun kita betul2 ingat yg uzur syarie hanya 15 hari ditinggal masa bulan puasa huhu . Dan pada tahun 2010 sehingga tahun 2016 ( darab dgn 15 hari utk setiap tahun ) . 15hari x 6 tahun , berapa ya fidyah yg perlu dibayar? Lagi bagus kalau boleh email pada saya di farrahworks@gmail.com

    • Waalaikumussalam, jawapan bagi soalan puan ini akan saya emailkan kepada email yang puan berikan ini. terima kasih.

  51. Assalamualaikum tuan, boleh tak jika saya memberi sendiri beras kepada faqir miskin dgn niat membayar fidyah ? Dan boleh ke jika saya menetap di Pahang tetapi membayar fidyah mengikut negeri lain?
    Sekian, terima kasih.

    • Waalaikumussalam, boleh jika puan nak sedekahkan sendiri beras fidyah kepada fakir miskin dan boleh jika puan puan menetap di negeri lain tetapi bayar fidyah mengikut kiraan negeri lain. Sama-sama.

  52. Assalamualaikum Tuan
    Saya nak tanya satu soalan mengenai bayaran kaffarah. Pada tahun 2012 saya dan suami telah bersama di siang hari di bulan Ramadhan sebanyak 2 hari. Kami telah pun menggantikan puasa. Namun sehingga kini bayaran kaffarah masih belum dibuat. Ini kerana kami masih kurang jelas dengan bayaran yang perlu dibuat. Sekiranya kami tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut2, bagaimanakah kiraan untuk kaffarah tersebut? Perlukah kami menggandakan memberi makan kepada fakir miskin? Kerana sekarang sudah tahun 2018.

    • Waalaikumusalam puan, untuk kiraan yang tepat mengenai jumlah yang perlu dibayar puan kena ingat tahun bila puan ganti puasa yang ditinggalkan selama 2 hari tersebut, kerana kiraan kaffarah akan berganda selagi puan tidak ganti puasa yang ditinggal. jadi tahun bila puan ganti puasa yang ditinggalkan selama 2 hari tersebut? untuk jawapan lebih jelas hubungi kami di talian 03-618 619 11 atau sms 013-238 6000.

  53. Assalamualaikum Ustaz,

    Harap boleh delete comment saya sebelum ini, belum sempat selesai tulis. Maaf ya.

    Terima Kasih atas khidmat Ustaz membantu Ummah untuk mencerahkan isu sirius ini. Moga Allah berkati Ustaz dan keluarga dengan RahmahNya, Ameen. Minta maaf sebab soalan saya agak panjang, kerana saya ingin Ustaz lebih memahami masalah saya.

    Dulu, saya tidak pernah tahu betapa serius nya bab Qadha Puasa. Kira-kira 2 tahun yang lalu, saya terdetik untuk membuat research tentang ini dan alangkah terkejutnya saya bila dapat tahu saya telah berhutang dengan Allah SWT. 🙁

    Saya pun mula Qadha Puasa-puasa saya. Sehingga hari ini, saya telah masuk hari ke 66 mengQadha Puasa-puasa saya (InsyaAllah) daripada jumlah total iatu 136 hari. (Saya ada lebihkan jumlah hari nya just to be safe) – Kiraan saya bermula dari tahun 1999 itu apabila saya didatangi haid.

    Jadi dari tahun 1999-2014, saya letakkan 7 hari haid setiap tahun, selama 15 tahun. Mulai 2016, saya telah Qadha puasa-puasa untuk Ramadhan 2015 (10 hari), 2016 (7 hari), 2016 (7 hari) dan juga untuk tahun-tahun yang sesudahnya hinggalah ke hari. Jumlah total yang saya telah Qadha sehingga hari ini (3rd May 2018) ialah 70 hari.

    Dari hari ini (3rd May 2018) hingga ke 16 May 2018 (sehari sebelum Ramadhan 2018), InsyaAllah saya mampu berpuasa selama 9 hari lagi. Setelah itu, saya mempunya baki 57 hari lagi saya harus Qadha puasa setelah akhirnya Ramadhan 2018.

    Saya tidak pernah membayar Fidyah kerana tidak berapa tahu dan teringat sebelum ini. Jadi bagaimana pengiraan Fidyah saya? Mesti besar jumlah nya. Kalau saya tidak mampu membayar jumlah Fidyah total sekaligus bila tiba Ramadhan 2018, bagaimana Ustaz?

    Mohon bantuan Ustaz. Terima kasih banyak-banyak.

    Assalamualaikum~

    • Waalaikumussalam, Ameen.. terima kasih atas doa puan. Untuk kes Puan ini, sebaiknya, kiraan untuk fidyah puasa Puan adalah secara tidak berganda kerana Puan telah mula ganti sedikit demi sedikit bermula pada tahun 2015. Cara Pengiraan tidak berganda: 7 hari x 15 tahun x Rm1.90 (nilai fidyah 1 hari) = RM 199.50 (tidak termasuk caj pengagihan Fidyah) Ini adalah kiraan atas puasa 15 tahun yang lalu yang mana Puan tidak sempat menggantikannya dan tertangguh. Walaupun Puan telah mula menggantikan pada tahun 2015, kiraan fidyah tidak berganda hanya mengikut jumlah yang saya kirakan sebentar tadi.

      Adapun, untuk baki 57 hari tersebut yang tidak sempat ganti pada tahun ini dan akan dibawa pada tahun hadapan tidak perlu bayar kerana jumlah tersebut sudah dikira dan termasuk dalam kiraan penuh yang saya kirakan di atas tadi. Jika kiraan berganda barulah Puan perlu membayar fidyah untuk 57 hari lagi baki yang tertinggal untuk ganti selepas Ramadhan tahun ini.

      Manakala Pengiraan Berganda:
      2015 Tahun bermula ganti puasa
      2014 7 hari x 1 tahun x RM1.90 = RM13.30
      2013 7 hari x 2 tahun x RM1.90 = RM26.60
      2012 7 hari x 3 tahun x RM1.90 = RM39.90
      2011 7 hari x 4 tahun x RM1.90 = RM53.20
      2010 7 hari x 5 tahun x RM1.90 = RM66.50
      2009 7 hari x 6 tahun x RM1.90 = RM79.80
      2008 7 hari x 7 tahun x RM1.90 = RM93.10
      2007 7 hari x 8 tahun x RM1.90 = RM106.40
      2006 7 hari x 9 tahun x RM1.90 = RM119.70
      2005 7 hari x 10 tahun x RM1.90 = RM133.00
      2004 7 hari x 11 tahun x RM1.90 = RM146.30
      2003 7 hari x 12 tahun x RM1.90 = RM159.60
      2002 7 hari x 13 tahun x RM1.90 = RM172.90
      2001 7 hari x 14 tahun x RM1.90 = RM186.20
      2000 7 hari x 15 tahun x RM1.90 = RM199.50
      1999 7 hari x 16 tahun x RM1.90 = RM212.80
      JUMLAH KESELURUHAN: RM 1,808.80

      Wallahu a’lam.

    • Assalamualaikum Ustaz,

      MasyaAllah, terima kasih banyak-banyak Ustaz kerana mengambil masa untuk membantu saya dan mengira jumlah Fidyah dengan teliti. Terima kasih.
      Moga Allah rahmati Ustaz, Ameen, JazakAllah Khayr!

  54. Assalamualaikum. Saya telah tinggal puasa selama sebulan pada tahun lepas 2017 disebabkan risaukan kandungan kembar saya. Tapi sampai sekarang saya belum menggantikan puasa. Bolehkan saya membayar fidyah dulu dan menggantikan puasa selepas ramadhan 2018 ini. Dan adakah saya perlu membayar fidyah sekali lagi selepas habis menggantikan puasa tersebut.

    • Waalaikumussalam, memandangkan sekarang sudah tidak sempat untuk puan gantikan puasa sebulan kerana beberapa hari lagi akan masuk bulan ramadhan 2018, tetapi buat masa sekarang puan masih belum dikenakan fidyah. Bila dah masuk bulan ramadhan tahun 2018 barulah puan dikenakan fidyah, jadi cara terbaik puan bayar fidyah dalam bulan ramadhan tahun 2018 dan gantikan puasa sebulan tersebut selepas ramadhan 2018. Untuk pertanyaan/jawapan lebih lanjut boleh hubungi 03-618 619 11 atau sms/call 013-238 6000.

  55. Assalammualaikum , saya ingin bertanya, bagaimana saya boleh bayar fidyah dan berapa yang perlu saya bayar ? Bagaimana jika saya kurang pasti berapa hari saya tinggal puasa sebelum tahun 2017 , tetapi pada 2017 – 7 hari dan puasa saya tidak sempat diganti . Boleh tolong rujuk soalan saya secepat mungkin ? Terima kasih

    • Dan boleh kah saya memberi beras pada orang yang memerlukan dengan niat membayar fidyah ? Pertanyaan lebih lanjut akan saya tanyakan selepas mendapat maklumbalas dari pihak tuan . Terima kasih . Saya harap jawapan akan di emailkan kepada saya di (syafiqahhhh98@gmail.com)

    • Waalaikumussalam, boleh puan maklumkan pada tahun bila puan tinggal puasa sebelum 2017 dan untuk puasa yang puan tinggalkan pada 2017 jika sempat ganti tidak dikenakan fidyah dan jika tidak sempat ganti kiraan dia ialah 7 hari X RM 1.90 ( harga secupak beras ) = RM 13.30 termasuk caj pengurusan dengan kami = RM 23.30. Untuk pertanyaan lanjut puan boleh hubungi talian kami 03-618 619 11 atau whatsapp kepada nombor EZ FIDYAH 013-200 784.

  56. Assalam.
    Maaf nak bertanya. Jika :
    Puasa 2016 – 3hari (tak sempat habis sbb uzur)
    Puasa 2017 – 10 hari

    Soalan :
    1- Adakah saya cuma perlu bayar fidyah utk 3hari 2016 shj? sebab utk 2017 belum tiba puasa 2018. Maka saya kena byr 10hari utk 2017 selepas habis puasa 2018? mohon betulkan jika saya salah.

    2- Sepatutnya bayaran fidyah di mana2 negeri atau ikut tempat tinggal/kerja kita?

    3- Jika byr fidyah secara online, masa bilakah akad dibaca?

    Terima kasih.

    • Waalaikumussalam, untuk kiraan fidyah pada tahun 2016 ialah 3 hari X 1.90 = RM 5.70 = (15.70 termasuk caj pengurusan) dan untuk 2017 ialah 10 hari X 1.90 = RM 19.00 = (29.00 termasuk caj pengurusan).

      Jawapan soalan 1. buat masa sekarang puan hanya perlu bayar fidyah untuk tahun 2016 sahaja kerana untuk tahun 2017 puan belum dikenakan fidyah. tetapi seeloknya ganti semua puasa secepat mungkin bagi mengelakkan gandaan fidyah.
      Jawapan soalan 2. bayaran fidyah boleh dibuat dimana-mana negeri atau mana-mana tempat sahaja.
      jawapan soalan 3. jika bayar secara online, semasa puan niat untuk bayar fidyah sudah dikira akad atau semasa mengisi borang fidyah secara online biasanya akan ada bacaan akad di borang tersebut.

  57. Assalammualaikum…saya ingin bertanya..pada tahun 2015, saya ada tinggal puasa 5 hari kerana risaukan kandungan saya..lps puasa, terus saya bayar fidyah dengan cara bgi beras 10 kg kepada orang miskin..tahun berikutnya, baru saya dapat tahu kena ganti puasa jugak walaupon bayar fidyah..jadi saya ganti double, 10 hari..masok hari ke 6 puasa ganti, saya keguguran dan keluar nifas sampai ke bulan ramadhan tahun 2017..ada baki lagi 4 hari puasa belum berganti…pada tahun ini saya double kn lagi sebanyak 8 hari..adakah saya perlu bayar fidyah lagi dan adakah cara saya ganti puasa itu salah?

  58. Assalammualaikum, saya nak bertanya, boleh tak saya bayar fidyah dengan memberikan beras pada yang memerlukan ? Bagaimana cara agihan beras itu ye . Harap mendapat respon secepat mungkin . Terima kasih

    • Waalaikumussalam, jika puan ingin agihkan sendiri puan kena kira berapa cupak puan kena bayar kemudian timbang dan agihkan kepada fakir miskin.

  59. Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. pada ramadhan 2015 sy meninggalkan puasa sebanyak 8 hari kerana uzur wanita (period). Masih berbaki 4 hari yang belum diganti sehingga kini kerana masalah kesihatan. Jadi boleh saya tahu kadar fidyah yang dikenakan dan bila saya harus membayar fidyah atas kecuaian sy sendiri, Terima Kasih

    • Waalaikumussalam, pengiraan fidyah puan ialah :

      Kiraan secara tidak berganda
      4 hari x Rm1.90 (nilai fidyah 1 hari)
      = Rm 7.60 termasuk caj pengurusan RM 17.60

      Kiraan secara tidak berganda
      4 hari x 2 tahun x Rm1.90 (nilai fidyah 1 hari)
      = Rm 15.20 termasuk caj pengurusan RM 25.20

      Bayaran boleh dibuat ikut kemampuan puan,jika mampu boleh bayar berganda jika tidak mampu boleh bayar yang tidak berganda. untuk pertanyaan lanjut boleh whatsappkan sahaja ke nombor EZ FIDYAH 013-2000 784.

  60. Assalammualaikummm admin.. Sy ada sedikit pertanyaan.. Sekiranya kita tidak sempat untuk menggantikan puasa yang kita tinggalkn iaitu 5 hari pada ramadan 2017 kerana risau akan kandungan anak sy sebelum ramadhan 2018.. Apa yang sy perlu lakukan yea.

    • Waalaikumussalam, jika risauka kandungan, puan dikenakan fidyah serta-merta dan wajib qadha’ jadi untuk jumlah akikah yang puan kena bayar ialah 5 hari X rm 1.90 = RM 9.50 termasuk caj pengurusan = RM 19.50 untuk pertanyaan lanjut puan boleh hubungi talian kami 03-618 619 11 atau whatsappkan pertanyaan puan ke nombor EZ FIDYAH 013-2000 784.

  61. Assalammualaikummm admin.. Sy ada sedikit pertanyaan.. Sekiranya kita tidak sempat untuk menggantikan puasa yang kita tinggalkn iaitu 5 hari pada ramadan 2017 kerana risau akan kandungan anak sy sebelum ramadhan 2018.. Walaupun masih sempt untuk menggantikan puasa.. Apa yang sy perlu lakukan yea.

  62. Assalammualaikummm admin.. Sy ada sedikit pertanyaan.. Sekiranya kita tidak sempat untuk menggantikan puasa yang kita tinggalkn iaitu 5 hari pada ramadan 2017 kerana risau akan kandungan anak sy sebelum ramadhan 2018.. Walaupun masih sempt untuk menggantikan puasa.. Apa yang sy perlu lakukan yea.

  63. Assalam..saya byk tinggal puasa krna gastrik..seingt sy thun2 sbelum ni ade yg belum sy gnti…untuk thun 2017pn masih berbaki 2hri..tp sy skrng batuk kuat n semput xsempt dh nk gnti..mcmmn cara nk byr fidyh n pda sape..plezz

    • Waalaikumusalam, boleh nyatakan pada tahun bila puan start tinggal puasa dan berapa hari? dan untuk tahun 2017 jika puan sempat ganti lagi 2 hari puasa tersebut puan terlepas dari dikenakan fidyah pada tahun ini, jika tidak sempat ganti juga kiraan fidyah puan untuk 2017 ialah 2 hari X 1.90 = RM 3.80 termasuk caj pengurusan RM 13.80 # untuk menggunakan perkhidmatan EZ FIDYAH boleh whatsappkan kepada nombor kami 013-2000 784.

  64. as salam ustaz. ibu saya telah meninggal dunia pada oktober 2017. Pengiraan pembayaran fidyah telah dikira dan kami waris bercadang untuk mengagihkan kepada berberapa surau berdekatan dan sekolah tahfiz. Soalan saya, jika saya tidak sempat mengagihkan fidyah tersebut untuk ramadhan 2018 ini ( maskud saya agihkan selepas ramadan 2018) ke beberapa surau atau sekolah tahfiz, adakah nilai fidyah akan digandakan selepas ramadhan 2018. ( contoh saya agihkan pada 28 Ogos 2018).

    • Waalaikumussalam tuan, untuk fidyah arwah ibu puan tidak lagi berganda kerana fidyah berganda dikira semasa kita hidup sahaja.

  65. Ass.Ustaz ” Sy sedang sakit lambung Sudah Berobat Kedokter kemana-mana dan sdh beberapa bulan tdk kunjung sembuh, apakah boleh sy berpuasa atau tidak ?

    • Waalaikumussalam, ya Allah.. saya doakan semoga tuan cepat sembuh dan dapat menjalani hidup seperti biasa. Ameen.. Jika mampu puasa seeloknya tuan puasa, jika tidak mampu cuba untuk puasa sehingga tidak mampu tahan maka harus berbuka. Tetapi selagi boleh puasa seeloknya puasa. Untuk jawapan lebih jelas tuan boleh hubungi talian kami 03-618 619 11 atau whatsappkan ke nombor EZ FIDYAH 013-2000 784.

  66. Assalamualaikum . saya nak tanya rasanya saya telah menghabiskan puasa ganti disebabkan sye rasa was was antara belum habis atau tidak puasa ganti saya .. boleh ke sya membayar fidyah dan memngulangi puasa ganti selepas ramadhan 2018

    • Waalaikumussalam, boleh puan. Jika was-was seeloknya puan ganti semula puasa dan fidyah akan dikenakan bila tibanya ramadhan 2018.

  67. Assalamualaikum ustaz,klu tak sempat ganti puasa pada tahun 2017 sebanyak 3 hari tapi ramadan dh nk tiba,brp fidyah yg kena bayar? Sebenarnya ade seminggu yg perlu diganti tapi saya sempat ganti 4 hari je..harap dijawab soalannya

    • Waalaikumussalam, seeloknya ganti seberapa banyak yang boleh untuk mengurangkan jumlah fidyah puan, jadi untuk kiraan fidyah puan ini 3 hari X RM 1.90 = RM 5.70 Termasuk caj pengurusan dengan kami ialah RM 15.70 #

    • Waalaikumussalam, untuk bayaran fidyah boleh dibuat melalui EZ FIDYAH, nombor whatsapp ( 013-2000 784 EZ FIDYAH ). Fidyah tidak boleh dibayar sekali dengan zakat kerana ianya dua perkara yang berbeza. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi 03-618 619 11 atau whatsappkan ke 013-2000 784.

  68. Salam…
    Puasa tahun 2013 – 2017 masih Ada lagi yang Saya belum ganti & belum bayar fidyah..disebabkan kejahilan dan ambil mudah sebelum ni..sekarang ni risau sebab lagi beberapa hari lagi kita nak puasa..memang tak sempat nak ganti puasa sebelum ramadhan ni..Soalan Saya,
    1) boleh ke saya bayar fidyah dlu..kemudian lepas ramadhan nti baru ganti puasa
    2) sekiranya habis tahun ni atau sehingga ramadhan tahun depan masih lagi belum habis ganti puasa yang lepas (yg dh dibayar fidyah), adakah Saya perlu membayar lagi since tahun dah bertambah?
    Mohon Bantu ustaz..
    Terima kasih..

    • Waalaikumussalam puan, boleh nyatakan berapa hari puan tinggalkan puasa pada tahun 2013 sehingga 2017? Jika puan ingin bercakap secara personal dengan kami boleh hubungi talian kami 03-618 619 11 atau whatsappkan kepada EZ FIDYAH 013-2000 784.

      SOALAN 1. Jawapan : boleh puan kerana fidyah ialah denda yang dikenakan kerana melambat-lambatkan ganti puasa sehingga masuk ramadhan tahun lain, jadi selepas ramadhan tahun 2018 seeloknya puan ganti sebanyak yang boleh untuk mengelakkan gandaan bayaran fidyah.

      SOALAN 2. Jawapan : Kena bayar lagi puan, kerana selagi tidak habis kita ganti semua puasa selagi tu lah kita kena bayar fidyah (walaupun dah bayar pada tahun sebelum ni) kerana fidyah ialah denda kerana melewatkan ganti puasa.

  69. Assalamualaikum, sy nk tanya, bila waktu perlu bayar fidyah, seperti kes sy sy tidak sempat untuk ganti puasa lagi 2 hari (puasa tahun 2017) . Esok lusa dah ramadan. So sy kena bayar fidyah sebelum masuk waktu ramadan ni atau selepas ramadan akan dtg ni? Dan berapa jumlah fidyah sy kena bayar?

    • Waalaikumussalam, fidyah ialah denda yang dikenakan akibat melewat-lewatkan ganti puasa daripada ramadhan sebelum ini kepada ramadhan yang lain jadi fidyah puan akan dikira selepas masuknya bulan ramadhan tahun ini (2018), untuk jumlah fidyah puan pada tahun ini ialah 2 ( hari tinggal puasa ) X RM 1.90 ( harga secupak beras ) = RM 3.80 ( Termasuk caj pengurusan = RM 13.80 # ) jika puan berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami boleh whatsappkan kepada nombor EZ FIDYAH 013-2000 784.

  70. Assalamualaikum. Saya telah meninggalkan puasa sebanyak 13 hari pada Ramadhan 2017 tahun lepas kerana risaukan kandungan saya yang masih berada pada trimester pertama. Kini berbaki satu hari sahaja sehinga bertemu Ramadhan 2018 dan saya masih belum lagi menggantikan puasa kerana masih menyusukan anak saya dan khuatir produksi susu terjejas kalau berpuasa. Soalan: Perlukan saya membayar fidyah sebelum mulanya Ramadhan 2018 dan ganti puasa yang tertinggal sesudah Ramadhan tahun ini? Atau bolehkan saya membayar fidyah selepasa Ramadhan tahun ini dan terus ganti puasa?

    • Waalaikumussalam, jika risaukan kandungan puan dikenakan fidyah pada tahun yang sama. Jadi seeloknya puan bayar fidyah pada ramadhan tahun ini dan ganti terus selepas ramadhan tahun ini (2018). Untuk pertanyaan mengenai jumlah bayaran fidyah atau lain-lain pertanyaan boleh hubungi talian ( EZ QURBAN 03-618 619 11 ) atau whatsappkan ke nombor ( EZ FIDYAH 013-2000 784 ).

  71. salam saya nak tanya, adakah puasa qada yang ditinggalkan beberapa tahun yang lalu berganda kalau tak sempat bayar fidyah? saya dah ganti puasa tersebut tapi saya tak sempat bayar fidyah, adakah saya kena qada lagi sekali puasa tu?

    • Waalaikumussalam, jika kita melewat-lewatkan ganti puasa, bilangan hari puasa yang wajib diqada tetap sama dengan hari yang kita tinggal puasa. Yang berganda ialah bayaran fidyah sahaja kerana fidyah ialah denda kita melewat-lewatkan ganti puasa. jika puan sudah qada semua puasa maka puan sudah tidak lagi dikenakan fidyah. Untuk pertanyan/jawapan lebih jelas boleh hubungi talian kami 03-618 619 11 atau whatsappkan kepada nombor EZ FIDYAH 013-2000 784.

  72. Salam Ustaz,
    Isteri saya tinggal puasa sebulan (30 hari) semasa hamil anak bongsu kami kerana sakit alahan yg agak teruk.
    Isteri saya habiskan qadha puasa tersebut setelah anak kami berusia 7 tahun.
    Soalan: berapa cupakkah fidyah yg perlu saya bayar. Jzkk.

    • Waalaikumussalam tuan, boleh saya tahu isteri tuan tinggal puasa pada tahun bila hingga tahun bila dan boleh saya tahu adakah isteri tuan qadha semua puasanya (30 hari) pada tahun sama atau tahun-tahun yang berbeza? Jika ikut kiraan biasa 30 hari X RM 1.90 harga beras = RM 57.00 ini ialah jumlah fidyah tidak berganda untuk isteri puan. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-618 619 11 atau whatsapp 013-2000 784.

  73. Assalamualaikum mohon pencerahan tentang fidyah…byk puasa thun2 sbelum ni byk belum diganti…tetapi sy telah mmbyr semua fidyah smua sekali pd thun 2017 pda pusat pengutan zakap maiwp melaui online banking adakah ini betul?adkah maipp akn mmbhgikan kpd fakir.miskin setelah pmbyrn.fidyah itu dibuat? apa beza dgn bayar fidyah dgn menggunakan beras?? mntk tlg ye ustaz…
    …ingatkan boleh nk ganti smua sblm puasa ramadan 2018…saya agak confused…bayar fidyah dulu atau ganti puasa dulu ye ustaz?”…

    • Waalaikumussalam, puasa wajib diqadha bila kita tinggalkan puasa tersebut, fidyah pula ialah denda kerana melewat-lewatkan ganti puasa. Jadi selagi tuan tidak ganti semua puasa yang ditinggalkan tuan tetap akan dikenakan fidyah walaupun sudah membayarnya. Bayaran fidyah dibuat menggunakan beras sahaja, satu hari tidak puasa bersamaan dengan satu cupak beras, jka tuan buat bayaran pada mana-mana pusat untuk bayar zakat pun mereka akan gunakan duit itu untuk beli beras dan agihkan kepada asnaf. Jika ada sebarang soalan atau perlukan jawapan lebih detail tuan boleh hubungi kami di talian 03-618 619 11 atau whatsapp ke nombor 013-2000 784.

  74. Assalamu’alaikum……sye ni berumur 15 tahun….msa thun 2017 sye tdk sempat mmbyr puasa smpailh ramadhan tahun ini. Nk tnya org yg wjib mmbyr fidyah ialah org yg sudh balighkh?

    • waalaikumussalam, syarat sah puasa ialah : (Islam). Disyariatkan berpuasa kepada mereka yang memeluk agama Islam dan tidak disyariatkan ibadah ini kepada kaum kafir. (Berakal). Ibadah puasa juga dituntut kepada mereka yang berakal dan yang waras dalam berfikir sebagai seorang manusia. Taklifan puasa ini tidak jatuh kepada mereka yang hilang kewarasan akal, gila, tidak sedarkan diri (koma) dan yang setara dengannya. (Baligh). Puasa diwajibkan ke atas mereka yang telah mencapai usia baligh disisi syarak. Tanda baligh adalah: (a) Ihtilam, yaitu keluarnya mani dalam keadaan sadar atau saat mimpi; (b) Tumbuhnya bulu kemaluan; atau (c) Dua tanda yang khusus pada wanita adalah haid dan hamil. ( Al-Mawsua’ah Al Fiqhiyah). Jadi jika cik sudah melalui semua ciri-ciri ini maknanya cik sudah diwajibkan berpuasa dan jika cik meninggalkan puasa dan melewat-lewatkan ganti ( sehingga masuk ramadhan tahun lain ) maka cik dikenakan fidyah.

  75. Salam. Saya seorang yang jahil bab puasa dan fidyah. saya tidak pernah menggantikan puasa dan membayar fidyah sejak saya akil baligh tahun 1999 hingga 2017 (19 tahun). Bagaimanapun saya mulai berniat untuk menggantikan puasa saya dan membayar fidyah mulai kini. saya memang banyak ponteng puasa. mungkin setiap tahun lebih 20 hari. saya memang tidak pandai buat kiraan fidyah. boleh ustaz kirakan untuk saya. Lagi satu bolehkah bayaran dibayar ansur2 sebab saya macam tak mampu. Saya duduk di Pahang bolehkan fidyah dibayar di negeri lain?

    • Waalaikumussalam, untuk bayaran fidyah boleh dilakukan di mana-mana negeri. Untuk kiraan fidyah tuan pula jika berganda jumlahnya ialah RM 7220 Dan tidak berganda ialah RM 722 # Untuk penjelasan mengenai kiraan fidyah dan jika tuan berminat menggunakan perkhidmatan kami untuk bayar fidyah boleh hubungi kami talian 03-618 619 11 atau whatsappkan sahaja ke nombor EZ FIDYAH 013-2000 784.

  76. Assalamualaikum. Saya insan jahil ingin bertanya. 2thn lps(2014) sy telah mlakukan psetubuhan pada siang hari (1 hari) dbln puasa. Sy tlh nenggantikan 1 hari puasa tersebut. Namun byrn kafarah blum dlaksanakan. Brpa yg saya perlu byr & dmna?

    • Waalaikumussalam, hukum bersetubuh di bulan puasa ialah berdosa, batal puasa & haram. Jadi puan dan suami puan wajib qadha puasa tersebut dan kafarah dikenakan bagi suami sahaja. Cara untuk langsaikan kafarah ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut, memerdekakan seorang hamba atau memberi makan 60 orang fakir miskin. jika suami puan tidak mampu memerdekakan seorang hamba atau berpuasa 2 bulan berturut-turut maka cara yang senang bagi dia ialah memberi makan 60 orang fakir miskin, cara kiraan 1 hari X 60 fakir miskin X rm 1.90 = RM 114.00. Jika puan berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami jumlah suami puan kena bayar ialah RM 134.00 (RM 20 caj pengurusan). Untuk pertanyaan dan pembayaran boleh whatsapp ke nombor EZ FIDYAH 013-2000 784.

  77. Assalammualaikum sy nak tanya…jika kita tak ingat berapa hari yang kita tinggalkan puasa bagaimana cara kira ye?.Contoh: telah baligh umur 12 tahun dan sekarang berumur 33 tahun=21 tahun wajib puasa..dalam tempoh tersebut ada tahun yang tak sempat untuk ganti tapi tak ingat tahun bila dan berapa hari..jadi saya nak tau cara kira..mohon bantuan ..terima kasih..

    • Waalaikumussalam, untuk memudahkan kiraan fidyah puan, puan kena anggarkan berapa hari puan tinggal puasa setiap tahun, berapa hari sempat ganti dan berapa hari tak sempat ganti. sebab agak susah untuk kami kirakan fidyah puan jika tidak ada jumlah spesifik berapa hari puan tinggal puasa setiap tahun.

      • terima kasih ustaz..ada tahun-tahun yang saya telah ganti tapi saya memang tak pasti..saya buat je anggaran selama 21 tahun 178 hari puasa ditinggalkan (anggaran 1 tahun 7 hari cuma pada tahun 2016 30 hari saya melahirkan anak dan tahun 2017 menyusukan anak dan mengandung lagi 15 hari). tak mengapa kalau lebih bayar kira sedekah pun boleh kan ustaz?. soalan kedua adakah saya boleh bayar secara ansuran sekiranya saya bayar fidyah menggunakan ezfidyah? terima kasih ustaz sebab membantu.

  78. Assalamualaikum..sy nak tanya..boleh ke kita gantikn bayar fidyah tu dengan memberi sumbangan kpada fakir miskin dengan niat kita nk bayar fidyah tetapi dalam bentuk wang ringgit? Atau beri beras jugak? Sama dengan jumlah yg majlis agama da tetapkan..(maksudnya saya da kira dulu berapa nilai cupak beras)

    • Waalaikumussalam, cara bayar fidyah ialah dengan memberi makan makanan asasi kepada fakir miskin, kalau di malaysia makanan asasi ialah beras jadi kita seeloknya bayar fidyah dengan cara bagi beras kepada orang miskin. cara kiraan fidyah ialah satu hari bersamaan satu cupak beras jadi jika puan hendak bayar dalam bentuk wang ringgit boleh tetapi kena bagi wang ringgit ikut harga berapa cupak beras puan kena bayar. Untuk pertanyaan dan penjelasan dengan lebih lanjut puan boleh whatsapp ke nombor EZ FIDYAH 013-2000 784 atau hubungi talian 03-618 619 11.

    • Boleh, tuan boleh datang terus ke office kami EZ QURBAN SDN BHD, no 79 & 80 jalan 3, batu caves centrepoint, 68100 batu caves, Selangor.

  79. assalamualaikum ustaz,
    saya ada tinggal puasa sebanyak 27hari pada ramadan 2017 disebabkan mengandung kerana risaukan bayi dalam kandungan.. dan saya telah qado’ puasa yg tinggal sebanyak 20 hari sebelum ramadan tahun ini tiba. saya tak sempat nk ganti lagi 7 hari.berapa fidyah yg saya perlu bayar dan waktu nk bayar fidayah tu kena buat masa bila? boleh kirakan jumlah fidyah yg saya kena bayar?dan dimana tempat nak bayar fidyah?

    • Waalaikumussalam, jumlah fidyah puan ialah 7 HARI X RM 1.90 = RM 13.30 (RM 23.30 termasuk caj pengurusan jika menggunakan perkhidmatan kami), puan boleh mula bayar sekarang dan jika puan berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami untuk bayar fidyah puan boleh buat melalui whatsapp sahaja. Buat pembayaran melalui akaun kami dan hantarkan gambar resit sebagai bukti pembayaran kepada nombor whatsapp EZ FIDYAH 013-2000 784.

  80. Assalamualaikum, kalau lupa jumlah puasa yang pernah yinggal macam mana?? Dan macam mana saya baru tahu tentang pembayaran fidyah nie.. Kiranya saya kene bayar fidyah berganda ke??

    • Waalaikumusalam, jika lupa cara terbaik ialah kita kira 30 hari terus puan tidak puasa dan jika puan tidak qadha lagi puasa puan sehingga betahun-tahun maka puan kena bayar fidyah secara berganda jika mampu, jika tidak boleh bayar yang tidak berganda. cuma yang penting qadha semula semua puasa yang ditinggalkan.

    • Tidak boleh bayar secara ansuran, tetapi bayarlah fidyah mengikut kemampuan. Dan utamakan ganti puasa terlebih dahulu.

  81. Assalamualaikum,

    Pertama:
    jika terlupa jumlah tertinggal puasa sejak 2016 kerana datangnya period dan saya tidak sempat nak menggantinya, sehinggalah datangnya Bulan Ramadhan 2017, berapakah jumlah fidyah yg saya bayar.

    Kedua:
    Saya akan mula menggantikan puasa saya pd tahun 2017 dlm bulan April 2019 ini, adakah bayaran fidyah akan dkenakan?

    sekian

    • Wa’alaikumsalam Ct,

      Fidyah hanya dikenakan jika sekiranya cik masih ada baki puasa yang belum sempat diganti. Tetapi, jika terlupa bilangan hari puasa yang ditinggalkan, maka ambil lah jumlah purata bilangan hari period pada setiap bulan. Contohnya, 7 hari period secara purata. Maka 7 harilah jumlah tinggal puasa. Begitu juga dengan puasa pada tahun 2017, jika sudah melangkaui tahun demi tahun, maka fidyah akan jadi berganda (tolak tahun semasa tinggal puasa).

    • Wa’alaikumsalam Aisyah, agihan beras Fidyah layak diterima oleh Asnaf Fakir & Miskin sahaja.

      • Boleh ganti puasa mengikut bilangan hari secara putara tinggal puasa. Contohnya, secara purata wanita tidak boleh berpuasa selama 7-10 hari kerana uzur (datang bulan).

  82. assalamualaikum saya telah tinggal kan puasa pada tahun 2014 sebanyak 30 hari dan sehingga sekarang saya tidak mengantikan nya berape fidyah perlu di bayar dan berape hari puasa perlu di gantikan

    • Wa’alaikumsalam, Sofia perlu menggantikan puasa 30 hari secara beransur-ansur bergantung kepada kemampuan diri.
      Manakala jumlah FIDYAH yang perlu dibayar sebanyak RM855.00 (tidak termasuk cas pengurusan). Untuk penerangan lebih lanjut, boleh whatsapp ke No. 013-2000 784.

  83. Assalamualaikum,
    Saya tidak sempat untuk ganti puasa untuk sehari (puasa 2018) kerana skrg saya sedang datang bulan dan ramadan akan tiba lagi 5 hari. Berapa fidyah yang perlu saya bayar?

    • Wa’alaikumsalam, jika hanis tidak sempat ganti puasa sebelum tiba Ramadhan ini, maka bayarlah fidyah untuk sehari puasa 2018 sebanyak RM1.90 dan gantilah puasa tersebut selepas ramadhan nanti.

  84. Assalamualaikum.
    Saya tak berpuasa dari tahun 2016 dan belum menggantikan.
    2016- 30 hari (mengandung risaukan kandungan)
    2017- 30 hari (menyusu)
    2018- 30 hari (menyusu)
    Berapa kadar fidyah yg perlu sy bayar? Terima kasih

    • Wa’alaikumsalam Nurul, untuk pengiraan fidyah seperti berikut:

      2016 – 30 Hari = RM 342.00 (jika masih belum ganti puasa sehingga 2019)
      2017 – 30 Hari = RM 171.00 (jika masih belum ganti puasa sehingga 2019)
      2018 – 30 Hari = RM 57.00 (jika masih belum ganti puasa sehingga 2019)
      JUMLAH FIDYAH RM 627.00 (termasuk cas pengurusan 10%)
      Untuk penerangan lebih lanjut, boleh whatsapp ke No. 013-2000 784.

  85. Assalammualaikum..saya nak tanya…saya ada tinggal puasa 6 hari tuk thun 2018
    Jadi,adakah sy perlu bayar fidyah tuk tahun ini…?
    Dan berapa kiraan dia ye…
    Dan wajib ke bayar sebelom ramadhan tiba?

    • Wa’alaikumsalam Noor Amira, untuk pengiraan fidyah seperti berikut:

      2018 – 6 Hari = RM 11.40 (jika masih belum ganti puasa sehingga 2019)

      JUMLAH FIDYAH RM 21.40 (termasuk cas pengurusan RM10)
      Untuk penerangan lebih lanjut, boleh whatsapp ke No. 013-2000 784.

      TAMBAHAN: cik/puan boleh membayar fidyah pada bila-bila masa sahaja, dan ia tidak dikhususkan pada bulan Ramadhan. Namun, cik/puan hendaklah menggantikan puasa 6 hari tersebut.

  86. Assalamualaikum. Saya ada tinggal puasa pada 2017(5hari sebab datang bulan) dan 2018 (28hari sebab pregnant ) . So sekarang ni saya tak sempat ganti sebab dah nak puasa . Macam mana ya nak bayar fidyah dan ganti puasa semula ?

    • Wa’alaikumsalam Hidayah, untuk pengiraan fidyah seperti berikut:

      2017 – 5 Hari = RM 28.50 (jika masih belum ganti puasa sehingga 2019)
      2018 – 28 Hari = RM 53.20 (jika masih belum ganti puasa sehingga 2019)

      JUMLAH FIDYAH RM 101.70 (termasuk cas pengurusan RM20)
      Untuk penerangan lebih lanjut, boleh whatsapp ke No. 013-2000 784.

  87. Assalamualaikum… Mohon Kira jumlah fidyah yg sy perlu byar….Dan bolehkah sy Bayar kpd ezfidyah

    2013 – 2hari
    2014 – 2 Hari
    2015 – 2 Hari
    2016 – 2 Hari
    2017 – 2 Hari

    • Wa’alaikumsalam Fazi, untuk pengiraan fidyah seperti berikut:

      2013 – 2 hari = 79.80 (jika masih belum ganti puasa sehingga 2019)
      2014 – 2 Hari = 57.00 (jika masih belum ganti puasa sehingga 2019)
      2015 – 2 Hari = 38.00 (jika masih belum ganti puasa sehingga 2019)
      2016 – 2 Hari = 22.80 (jika masih belum ganti puasa sehingga 2019)
      2017 – 2 Hari = 11.40 (jika masih belum ganti puasa sehingga 2019)

      JUMLAH FIDYAH RM 229.90 (termasuk cas pengurusan 10%)
      Untuk penerangan lebih lanjut, boleh whatsapp ke No. 013-2000 784.

  88. Assalammualaikum ustaz.. sya skrg form 5… sya tak puasa dari tahun 6 hingga form 4.. perlukah saya bayar fidyah juga?

    • Wa’alaikumsalam Khai, jika sekiranya puasa telah ditinggalkan sejak dari usia baligh hingga kini, maka ia wajib diganti dan wajib membayar fidyah.

  89. Assalamualaikum ustaz.. Jika sy nk bayar fidyah terus ke rumah anak yatim boleh ke? Satu lagi, boleh ke sy bayar fidyah bagi pihak orang lain? Cntoh bagi pihak suami atau adik saya, tapi bayaran dibuat atas pengetahuan dan persetujuan mereka. Trima kasih

    • Wa’alaikumsalam Nur Ain, Fidyah wajib dibayar kepada fakir miskin sahaja. Anak yatim tidak termasuk asnaf yang layak terima bayaran fidyah, kecuali mereka tergolong dari asnaf fakir miskin. Dan puan boleh mewakili sesiapa sahaja untuk membuat bayaran tersebut.

  90. Assalamuaikumm .. Boleh tlg saya takk kirakan jumlah yang perlu saya bayar . 2013 – 7 hari
    2014 – 7 hari
    2015 – 7 hari
    2016 – 5 hari

    Dan lagi satu . Adakah tahun gandaan dikenakan .. Saya ada terdengar satu ceramah dimana hanya org yg berkemapuan disunatkan membayar tahun gandaan. Terima kasih .

    • Wa’alaikumsalam Ahmad Haikal, untuk pengiraan fidyah tuan adalah seperti berikut:
      2013 – 7 hari = RM79.80
      2014 – 7 hari = RM66.50
      2015 – 7 hari = RM53.20
      2016 – 5 hari = RM28.50
      JUMLAH FIDYAH = RM250.80 (termasuk cas pengurusan 10%)

      Jumlah di atas adalah jumlah kiraan fidyah dengan berganda.
      Manakala kiraan fidyah tanpa berganda, hanya perlu jumlahkan bilangan hari puasa yang ditinggalkan, kemudian darab dengan RM1.90 untuk 1 hari.

      Pendapat yang terkuat di dalam mazhab Syafie ialah bayaran Fidyah dengan berganda jika sekiranya telah melangkaui tahun. Tetapi, merujuk kepada fatwa negeri Selangor sahaja diharuskan membayar fidyah tanpa berganda. Sila rujuk fatwa negeri Selangor.

      Untuk penerangan lebih lanjut, hubungi No. Whatsapp 013-2000 784.

  91. Assalamualaikum..tumpang tanya…saya hendak mambayar fidyah kerana tak smpat nk gnti sebanyak 15 hari kerana terlupa..

    > bolehkah saya mewakilkan rakan untuk membayarkan fidyah untuk saya??

    …dan
    > tlg kirakan jumlah wang yg perlu saya bayar 2018-15hari

    > adakah fidyah boleh dibayar sehingga bulan puasa shaja
    Cth: tinggal puasa 2018 dan tidak smpat ganti bilangan puasa…bayar perlu dilakukan sehingga bulan puasa 2019 shaja ka??
    Mohon jelaskan

    • Wa’alaikumsalam Nurul, bayaran Fidyah untuk 15 hari tinggal puasa pada tahun 2018 adalah sebanyak 48.50 (termasuk cas pengurusan). Boleh mewakilkan pihak lain untuk membayarkan fidyah tersebut. Dalam masa yang sama, Cik/Puan wajib menggantikan puasa selewat-lewatnya sebelum masuk bulan Ramadhan tahun akan datang 2020. Untuk penerangan lebih lanjut, hubungi No. Whatsapp 013-2000 784.

  92. Assalamualaikum ustaz,boleh ke kita bayar fidyah dlm bentuk wang ringgit shj kpd fakir miskin(ikut cupak)?

    • Wa’alaikumsalam Bella, boleh membayar fidyah dalam bentuk wang ringgit kepada fakir miskin, dan afdhal dibayar dengan beras.

Leave a Reply to Nadia Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.