Sunat melakukan akikah untuk anak (bayi) yang mati setelah ia lahir dan sempat hidup dalam tempoh yang membolehkan akikah ditunaikan untuknya, walaupun bayi itu meninggal sebelum hari ke-7.
Pendapat yang kedua mengatakan gugur tuntutan dengan sebab kematian.
Hikmah yang dapat difikirkan disebalik melaksanakan akikah untuk anak yang meninggal dunia antaranya menunjukkan rasa kesyukuran kerana diberikan peluang untuk mempunyai zuriat (nasab keturunan) walaupun tidak panjang usianya.
Wallahu a’alam…