Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala

Dah bersedia atau tidak untuk menyambut bulan Ramadan tahun ini? Jom tambah pahala dengan amalan bulan puasa ini!

1. Solat Malam

Amalan Bulan Puasa

Selain daripada solat sunat tarawih yang dilakukan pada malam selepas Isyak, anda juga boleh menambah solat tahajjud atau mana-mana solat sunat anda kehendaki..

Mengapa solat malam digalakkan pada bulan Ramadan?

Pertama sekali solat malam dianjurkan kerana doa pada malam hari adalah antara doa yang dikabulkan.

Kedua, pada bulan Ramadan, pada bulan Ramadan terdapat Lailatul Qadr. Walaupun malam Lailatul Qadr berlaku pada 10 malam terakhir, anda boleh mula membiasakan diri anda untuk bersolat malam dan berdoa agar ditemukan malam istimewa itu.

2. Memberi Makan Orang Berbuka

Amalan Bulan Puasa

Ada banyak dalil yang menjelaskan kebaikan menjamu orang berbuka puasa. Jadi tak hairanlah sekiranya anda selalu mendapat juadah daripada jiran-jiran, walaupun cuma sebalang kurma.

Daripada Zaid bin Khalid, Rasulullah bersabda:

إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”

Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi

Rasulullah juga bersabda:

الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ

Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.”

Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi

3. Tadarus al-Quran

Amalan Bulan Puasa

Walaupun bukan pada bulan Ramadan, bacaan al-Quran sememangnya digalakkan untuk dilakukan pada bila-bila masa.

Firman Allah yang membawa maksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”

 Surah Fatir: 29 

Lebih istimewa, al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan.

Firman Allah bermaksud:

“Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan di antara yang benar dengan yang salah.” 

Al Baqarah: 186

Tetapi semasa anda sedang mengaji, jangan terkejar-kejar untuk khatam. Untuk mendapat ibrah dari bacaan al-Quran, bacaan perlulah dihayati dan difahami.

Selain daripada bertadarus bergilir-gilir satu muka surat setiap orang, ini cara lain untuk membaca al-Quran dan memahami intipatinya.

  1. Seorang membaca, yang lain hayatinya. Boleh dibacakan sekali maksud dalam bahasa Melayu.
  2. Seorang membaca, orang kedua mengulangi bacaan orang pertama
  3. Sambungan ayat setiap seorang
  4. Bacaan serentak

4. Bersedekah 

Amalan Bulan Puasa

Adakah anda perasaan ada ramai golongan yang mencari anak-anak yatim ataupun golongan yang memerlukan untuk memberikan sumbangan?

Antara amalan bulan puasa yang agak popular sebenarnya adalah bersedekah.

Mungkin ini kerana hadis ini;

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” 

HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”

Surah Saba:39

Malah orang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya adalah antara 7 golongan yang mendapat naungan di padang mahsyar (Sumber).

Nabi Muhammad SAW juga adalah orang yang paling dermawan pada bulan Ramadan.  Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma ada menceritakan;

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.”

HR. Bukhari, no.6

5. Berzikir

Amalan Bulan Puasa

Perbanyakkan zikir pada bulan Ramadan. Bukan sahaja dengan berzikir hati menjadi lebih tenang tetapi juga dapat mengalihkan perhatian daripada perut yang lapar.

Selain daripada itu, berzikir juga dapat melembutkan hati. Walaupun kedengaran remeh, bulan Ramadan sememangnya bulan yang menduga perasaan.

Menahan lapar, menghadapi hari yang panas terik, dengan berzikir insya-Allah boleh melembutkan hati dan kata-kata ketika menghadapinya.

Bagi wanita yang kedatangan haid, walaupun tidak boleh berpuasa dan solat, mereka boleh berzikir.

6. Iktikaf Atau Qiamulail

Amalan Bulan Puasa

Umum mengetahui dengan pandemik atau endemik kini, tidak mudah untuk duduk sahaja di dalam masjid. Tetapi, ini tidak bermakna tidak boleh melaksanakan ibadah selain iktikaf di masjid. Jangan hadkan amalan bulan puasa anda hanya di masjid.

Jadikan rumah sebagai masjid dan berqiamulail bersama keluarga. 

Aisyah RA telah ditanya, bagaimana Nabi SAW bersolat (malam) pada bulan Ramadan oleh Abu Salamah RA.

Aisya RA menjawab, 

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW tidak solat melebihi 11 rakaat samada pada Ramadhan atau selain daripadanya (Ramadhan). Baginda SAW bersolat 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Kemudian, Baginda SAW solat lagi 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Setelah itu, Baginda SAW solat 3 rakaat”. 

Riwayat al-Bukhari (1147) (2013) (3569) dan Muslim (738)

7. Mencari Lailatul Qadr

Amalan Bulan Puasa

Mencari Lailatul Qadr bukanlah dengan melihat bulan atau melihat menggunakan teleskop.

Tetapi mencari Lailatul Qadr, adalah dengan beribadah dengan lebih banyak, sepanjang Ramadan ataupun pada 10 malam terakhir.

Mengapa? 

Ini kerana, ibadah pada waktu tersebut adalah dengan harapan malam tersebut merupakan malam Lailatul Qadr. 

Kalaupun bukan malam Lailatul Qadr, semoga ibadah itu diterima dan dimakbulkan segala doa pada malam tersebut.

Antara misteri yang tak dapat dirungkaikan oleh manusia adalah, pada hari apakah doa dimakbulkan dan bilakah tarikh sebenar Lailatul Qadr.

Hikmah daripada misteri ini adalah, manusia seharusnya tidak berhenti mencari redha Allah, pada bila-bila masa. Bukan hanya menunggu pada 1 tarikh istimewa.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: 

“Barangsiapa yang membangunkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasannya diampunkan dosanya, yang lalu.” 

Al Bukhari, Daud dan Tarmizi

8. Tarawih

Amalan Bulan Puasa

Ibadah yang sinonim pada bulan puasa. Tiada bulan lain di dalam Islam yang unik di mana satu solat sunat khas hanya dilakukan pada bulan ini.

Istimewa bukan?

Jangan lepaskan peluang untuk bertarawih. Tidak mendapat giliran solat di masjid bukan alasan untuk tidak melaksanakannya.

Boleh juga dilakukan sendirian di rumah ataupun bersama keluarga.

9. Menjaga Silaturrahim

Amalan Bulan Puasa

Bulan puasa mungkin bulan yang paling baik untuk menyambung semula silaturrahim yang terputus, ataupun merapatkan semula hubungan dengan sanak saudara yang semakin jauh. Amalan bulan puasa yang selalunya dilanjutkan sehingga pada Aidilfitri.

Firman Allah:

وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Maksudnya: Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Surah al-Nisa’ (1)

Menyambung silaturrahim bukan sahaja untuk mengelakkan murka Allah. Tetapi ia adalah salah satu cara membuka pintu rezeki.

Sabda Rasulullah;

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”

Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557)

Sekian sahaja artikel berkenaan amalan bulan puasa kali ini.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca beribadah pada bulan Ramadan yang bakal disambut tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan: Betulkah Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadan?, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Mari Sambut Raya Aidilfitri Dengan Sunnah!, Hukum Berpuasa Untuk Kanak-Kanak Belum Baligh, Fakta Menarik Ringkas Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, 5 Cara Menyambut Ramadan, Semoga Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna!, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN