1Membanyakkan amalan soleh

Memperbanyakkan amalan soleh pada 10 hari awal Zulhijjah merupakan sunnah Nabi SAW dan amalan para sahabatnya. Ia merangkumi semua amal soleh seperti berpuasa, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan sebagainya.

2Berpuasa

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya”. [HR. Muslim]

3Membanyakkan takbir bermula pada Subuh 1 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.

Ibnu ‘Abbas R.anhuma berkata: “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijjah dan juga pada hari-hari tasyriq. Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah solat sunat Aidil Adha”. [HR Al-Bukhari]

4Menyembelih haiwan korban

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka dirikanlah solat kepada Tuhanmu dan sembelihlah korban”. [Surah Al-Kauthar: 2]

5Tidak memotong kuku, rambut dan bulu

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan ada diantara kamu yang melaksanakan ibadah korban, maka hendaklah dia menahan diri daripada menggunting rambut (termasuk mencukur bulu) dan memotong kukunya”. (HR. Muslim)

6Tidak makan sebelum solat raya

Ibn Buraidah RA berkata: “bahawasanya Rasulullah SAW kebiasaannya tidak akan keluar daripada rumah (untuk pergi mendirikan solat raya aidilfitri) kecuali sehingga telah makan, dan baginda SAW tidak makan pada hari raya haji melainkan selepas pulang (daripada solat raya)”. (HR Ibnu Majah)

7Menunaikan solat sunat aidil adha

Ummu Atiyah radiallahu ‘anha berkata:

“Kami disuruh untuk keluar pada hari raya, sehinggalah kami mengeluarkan anak dara kami daripada rumah mereka, kami mengeluarkan wanita-wanita yang haidh supaya mereka pun dapat duduk di belakang orang (yang mendirikan solat raya), lalu mereka bertakbir bersama-sama dengan takbir mereka, berdoa dengan doa mereka, dan mengharapkan keberkatan dan kesucian hari tersebut”. (HR. Al-Bukhari)

8Berdoa

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan nabi-nabi sebelum ku katakan adalah: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu untuknya, bagi Pemilikan (seluruh alam), baginya segala pujian, dan Dia Berkuasa di atas segala sesuatu”. (HR. At-Tirmidzi)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.