AKIKAH vs. WALIMATUL ‘URUS

0
117

Dewasa ini, peruntukan (belanja) perkahwinan atau walimatul ‘urus mencapai sehingga RM30,000 yang menyamai harga 30 ekor kambing di Malaysia yang berharga RM1,000 setiap ekor.

Walhal di dalam Islam, memadai kita mengadakan kenduri walimatul ‘urus itu dengan hanya menyembelih seekor kambing sahaja. Hal ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى عَلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ أَثَرَ صُفْرَةٍ فَقَالَ مَا هَذَا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي تَزَوَّجْتُ امْرَأَةً عَلَى وَزْنِ نَوَاةٍ مِنْ ذَهَبٍ قَالَ فَبَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

Maksudnya: “Bahawasanya Nabi SAW telah melihat kesan kuning di kepala Abdul Rahman bin Auf R.A, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini?” Abdul Rahman menjawab: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaharkan satu nawah iaitu beberapa timbangan emas”. Lalu Baginda pun mendoakan keberkatan untuknya dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, dapatlah kita memahami bahawa, saranan Nabi SAW agar bersederhana ketika hendak mengadakan majlis kenduri walimatul ‘urus, dan memadai juga dengan hanya menyembelih seekor kambing sahaja untuk jamuan kenduri.

Tetapi, telah menjadi budaya di dalam masyarakat kita, khususnya Malaysia yang berbelanja besar sehingga sanggup berhutang puluhan ribu ringgit semata-mata untuk majlis walimatul ‘urus.

Bebanan masalah hutang yang menggunung selepas perkahwinan terpaksa ditanggung dek kerana inginkan kemegahan Majlis Raja Sehari. Tetapi, ia tidaklah menjadi satu kesalahan jika benar-benar berkemampuan untuk melakukannya.

Pernah tak kita terfikir, kita berkahwin dengan orang yang kita tak kenal asal-usul sanggup habis ribuan ringgit untuk yang bukan darah daging kita tetapi dengan anak sendiri kita berkira untuk akikahnya.

Walhal anak itu akan menjadi pewaris kita, yang membantu kita dan mungkin yang akan mendoakan kita (anak soleh).

Apabila Allah SWT kurniakan zuriat kepada kita, tidak pula beria-ia (teruja) hendak mengakikahkan anak dengan seekor kambing (perempuan) atau dua ekor kambing (lelaki) yang mana pelaksanaannya amat-amat dituntut pada hari ke-7 kelahiran anak. Kosnya hanya sekitar RM2,000 untuk dua ekor kambing di Malaysia.

Dimanakah rasa kesyukuran kita dikala Allah SWT memberikan kita rezeki yang tidak berbelah bagi iaitu nasab keturunan (zuriat)? Dikala pasangan lain menanti dengan penuh sabar sehingga bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat yang pertama, ibubapa yang sudah mempunyai zuriat ini terus leka dengan persiapan menyambut kelahiran anak, tetapi lupa akan persediaan untuk anak yang bakal lahir dengan pendekatan akikah.

Kenapa Akikah?

Kerana akikah itu merupakan titik permulaan dalam mencorak hidup anak-anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, Tuhan yang menghidupkan yang mati dan mengadakan yang tiada.

IKLAN: PENDAFTARAN AKIKAH RAMADAN MASIH DI BUKA SEHINGGA 20 MEI 2020. 

HUBUNGI 013-238 6000 ATAU LAYARI www.ezqurban.org UNTUK PENDAFTARAN.

Laksanakan Ibadah Akikah bersama EZ Qurban kini lebih mudah dengan Billplz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.