Hukum Akikah Diri Sendiri

Sejak kebelakangan ini kami menerima banyak persoalan tentang akikah diri sendiri.

Antara variasi soalan ini adalah:

  1. Bolehkah saya akikah diri sendiri sekiranya ibu bapa saya tidak berkesempatan untuk melaksanakannya sewaktu saya kecil
  2. Adakah saya dibenarkan untuk akikah diri sendiri sekiranya saya tidak pasti jika saya sudah diakikah atau belum
  3. Jika saya belum diakikahkan adakah saya tidak boleh mengakikahkan anak saya?

Untuk menjawab soalan ini kami telah merujuk kepada Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Ustaz Mohd Amirul, Pegawai Syariah EZ Qurban.

akikah diri sendiri

Jawapan Daripada Mufti Wilayah Persekutuan Tentang Akikah Diri Sendiri

Pada asalnya, hukum untuk berakikah adalah sunat muakkad kepada mereka yang berkemampuan.

Sunat muakad adalah sunat yang sangat digalakkan. Syariat akikah ini adalah daripada hadis daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada akikahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah akikah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari (2839)

Akikah sunat dilaksanakan pada hari ketujuh kelahiran bayi terebut. Pada hari tersebut, ibu bapa atau penjaga juga sunat untuk memberikan nama kepada bayi tersebut dan mencukur rambut bayi tersebut.

Ini adalah daripada sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:

الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

Riwayat Abu Daud (1522)

Berapa Banyak Haiwan Yang Diperlukan Untuk Akikah?

Akikah bagi anak lelaki adalah dua ekor kambing dan akikah untuk anak perempuan adalah seekor kambing.

Ini adalah apa yang dianjurkan sekiranya ingin melaksanakan ibadah akikah.

Tetapi ada juga persoalan tentang adakah dibenarkan untuk akikah seekor kambing sahaja untuk anak lelaki?

Jawapannya adalah memadai dan dibolehkan.

Ini merupakan hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengakikahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.

Riwayat Abu Daud (2841)

Mengenai hukum akikah itu sendiri, sekiranya ditinggalkan tanpa keuzuran ia akan menjadi makruh. Tetapi jika ditinggalkan kerana tidak mampu, ia adalah tidak haram ataupun makruh.

Beberapa ulama Syafi’iyyah yang terkemudian (mutaakhirin) berpendapat sekiranya akikah tidak mampu melaksanakan akikah dalam tempoh masa tujuh hari berikut kemudian dia menjadi senang selepas tujuh hari berikut maka tidak sunat lagi untuk melakukan akikah.

Ada juga daripada sebahagian Syafi’iyyah berkata sebelum tamat tempoh nifas. Pendapat seterusnya yang rajih dalam mazhab al-Syafie pula menyatakan hukumnya sunat dan kekal sehingga anak itu baligh.

Para ulama Syafi’iyyahSyafieyyah juga telah memberikan pendapat bahawa akikah dituntut ke atas al-asl (seperti ayah dan datuk) kerana golongan ini wajib menafkahi bayi itu dan bayi itu dianggap sebagai fakir.

Namun setelah baligh dan masih belum diakikahkan, sunat bagi anak tersebut untuk akikahkan dirinya sendiri.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, sunat hukum untuk seseorang yang telah dewasa untuk akikahkan dirinya sendiri sekiranya belum diakikahkan.

Ini adalah untuk menzahirkan tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya.

Namun sekiranya dia tidak mampu, tidak mengapa sekiranya akikah itu tidak dilaksanakan.

Syariat tidak memberatkan seseorang atas sesuatu yang dia tidak mampu.

Jawapan daripada Ustaz Mohd Amirul, Pegawai Syariah EZ Qurban

  1. Bolehkah saya akikah diri sendiri sekiranya ibu bapa saya tidak berkesempatan untuk melaksanakannya sewaktu saya kecil

Jawapannya: Imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tabarani telah meriwayatkan tentang hadis Nabi SAW melakukan akikah untuk dirinya setelah dilantik menjadi Rasul, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi:  

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَقَّ عَنْ نَفْسِهِ بَعْدَ النُّبُوَّةُ 

Maksudnya:  “Bahawasanya Nabi SAW melakukan akikah untuk dirinya sendiri setelah dilantik menjadi Nabi”

Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi

  1. Adakah saya dibenarkan untuk akikah diri sendiri sekiranya saya tidak pasti jika saya sudah diakikah atau belum?

Jawapannya: Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berkata: “Sunat mengerjakan akikah untuk dirinya (setelah dewasa) kerana memperolehi semula barang yang luput (kemampuan)”. Hal ini berdasarkan pandangan Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Tuhfah Al-Muhtaj. (Sabil Al-Muhtadin, MS 233 : Edisi Jawi)”

  1. Jika saya belum diakikahkan adakah saya tidak boleh mengakikahkan anak saya?

Jawapannya: Dipetik daripada Al-Kafi li Al-Fatawa, menyatakan bahawa: “Sunat hukumnya untuk seseorang yang dewasa yang belum diakikahkan untuk mengakikahkan dirinya sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya” (AL-KAFI #633 : HUKUM akikah BAGI DIRI SENDIRI

Tiada masalah untuk akikahkan anak meskipun ibubapanya belum akikah lagi, kerana ia bukanlah syarat sah akikah tersebut. Boleh saja bagi ibu bapa yang berkemampuan untuk akikahkan anak-anaknya dan juga ibu bapanya sekaligus jika berkemampuan.

Jadi kesimpulannya, tiada masalah sekiranya ingin akikah sendiri, ataupun tidak akikah diri sendiri sebelum akikahkan anaknya sendiri kelak.

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN