8 Kelebihan Bersedekah Yang Disebut Di Dalam Al-Quran & Hadis

“Cuma RM10 Untuk Rumah di Syurga” – Iklan yang biasa disebut untuk menjelaskan kelebihan bersedekah.

Ini bukanlah cuma kata-kata biasa untuk menggalakkan anda bersedekah. Tetapi umat Islam memang digalakkan untuk menjadi dermawan.

Agama Islam adalah sebuah agama yang berempati. Hanya dengan bersedekah, kita dapat sama-sama memahami susah payah orang yang sedang menghadapinya.

Anda ingin tahu kelebihan bersedekah yang lain?

Lihat pada hadis dan potongan ayat al-Quran di bawah

  1. Tidak Berkurang Harta Kerana Bersedekah (HR Muslim 2588)
Kelebihan Bersedekah

Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” 

Riwayat Muslim

Walaupun secara literalnya apabila anda bersedekah anda mengeluarkan duit, tetapi peracayalah insya-Allah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih berharga.

Pulangan rezeki yang tak terjangka.

Asalkan anda luaskan pandangan anda kepada konsep rezeki, setiap apa yang dapat akan kelihatan seperti rahmat daripada bersedekah.

Kenalan yang baik, kesihatan dan rezeki lain. Kita cuma perlu percaya kepada janji Allah.

  1. Pahala Berlipat Ganda Dengan Bersedekah (Surah al-Baqarah, 261)
Kelebihan Bersedekah

Tidak asing lagi amalan bersedekah memang sinonim dengan muslim dan muslimat.

Malah dengan amalan seperti memberi makan, sedekah pada hari-hari tertentu, jelas masyarakat Islam memang pemurah.

Kemurahan hati ini tidak dipulangkan dengan pahala biasa malah Allah SWT telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda kerana bersedekah.

Dari surah al-Baqarah, yang membawa maksud:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Surah al-Baqarah: 261

  1. Sedekah Bukti Keimanan Kepada Allah SWT (HR Muslim, 223)
Kelebihan Bersedekah

Harta adalah salah satu material yang dicintai manusia. 

Tidak hairanlah apabila seseorang itu bersedekah, ia adalah bukti keimanan kepada Allah. Cinta kepada Allah melebihi sayang kepada harta.

Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud;

“Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.” 

Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah. Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah.

  1. Dengan bersedekah, Dosa Terhapus (HR At-Tirmidzi, 614)
Kelebihan Bersedekah

Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan.

والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” 

Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614

Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan Muslim dan muslimat.

  1. Pintu Syurga Khas Untuk Yang Bersedekah (Bab As-Sadaqah) (HR Bukhari, 1764)
Kelebihan Bersedekah

Tahukah anda di syurga terdapat sebuah pintu istimewa untuk golongan yang bersedekah ini?

Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan bersedekah yang boleh dijadikan dorongan untuk memberi lagi dan lagi. Malah dalam hadis ini, ada disebut infak harta sebanyak dua kali di jalan Allah, akan diseru namanya untuk ke pintu syurga khas ini.

Hadis lengkapnya adalah:

 “Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.” 

Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705

  1. Naungan Pada Hari Akhirat (HR Al-Bukhari, 660)
kelebihan bersedekah

Orang yang sering bersedekah akan memperoleh naungan di akhirat.

Orang yang sentiasa membuat kebaikan dengan bersedekah malah akan menyiapkan bekal mereka untuk akhirat dengan pengakhiran yang baik.

Segala kebaikan yang dilakukan pada hari ini akan dikira sebagai pertolongan dan pahala pada hari pembalasan nanti.

  1. Penawar atau Ubat Kepada Penyakit (HR At-Tabrani, 10198)

kelebihan bersedekah

Hadis ini berbunyi:

“Bentengi hartamu dengan zakat, ubati penyakitmu dengan sedekah, dan hadapi ujianmu dengan doa.” 

Hadis Riwayat Thabrani

Nikmat manakah yang kita dustakan?

Cuma dengan bersedekah Allah SWT rupa-rupanya akan menolong memberikan kesihatan.

Bersihkanlah harta dengan bersedekah. Insya-Allah harta yang bersih menjadi rezeki berkat untuk diri sendiri, ahli keluarga dan sesiapa yang bermanfaat.

  1. Sedekah Jauhkan Daripada Api Neraka (HR Ahmad)

kelebihan bersedekah

Walaupun dengan bersedekah sedikit, itu sudah cukup untuk membantu dan melindungi diri daripada azab api neraka.

Yang penting sewaktu bersedekah adalah keihklasan hati tanpa riak untuk beramal.

Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:

اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ

Yang bermaksud:“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” 

Riwayat Ahmad

Cuma dengan sedikit sumbangan, anda menempah rumah di syurga. Apa yang anda perlu buat kini adalah menjaga hubungan dengan Allah dan terus lakukan kebaikan. 

Semoga sedekah ini, dosa lama terhapus dan kita boleh bertemu dengan keluarga tersayang di sana.

Artikel Berkait: Adakah Sedekah Subuh Pembuka Pintu Rezeki?

______

Kelebihan Bersedekah

Jangan lepaskan peluang bersedekah di waktu subuh dan niatkan juga pahalanya kepada kedua ibu bapa kita.

Sedekah Subuh Anda Bantu Rumah Anak Yatim yang Terputus Bekalan Makanan.

Klik > ezy.la/kitakongsi

📌AKAUN: Maybank (Yayasan EZ Prihatin)

📌NO. AKAUN: 562405633644

📌RUJUKAN: “KITAKONGSI”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN