1APAKAH HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN?

Hukum melaksanakan Ibadah Korban dalam mazhab As-Syafie adalah SUNAT MU’AKKADAH iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya. Manakala dalam mazhab Al-Hanafi pula hukumnya wajib bagi mereka yang berkemampuan.

Dalam hal yang sama, ulamak As-Syafie meletakkan beberapa jenis ibadah Korban yang wajib, berdasarkan beberapa keadaan iaitu;

  1. Ibadah Korban berdasarkan WASIAT yang telah ditinggalkan oleh si mati.
  2. Ibadah Korban dengan NAZAR yang disandarkan pada sesuatu hajat.
  3. Ibadah Korban yang telah di-TA’YIN-kan, iaitu ibadah korban yang diniatkan ke atas haiwan tertentu. Contohnya; Seseorang telah berkata: “Lembu itu adalah (khusus) untuk ibadah Korban“. Maka wajib disembelih lembu tersebut dengan niat ibadah korban.

2BOLEHKAH MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN KE ATAS ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA?

Hal ini telah berlaku khilaf di kalangan para ulamak dalam meletakkan hukum melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia.

Oleh itu, kami lebih cenderung untuk memilih pendapat para ulamak yang menyatakan bahawa Tidak boleh melaksanakan Ibadah Korban ke atas orang yang telah meninggal dunia” kecuali si mati ada meninggalkan WASIAT. Dan inilah pendapat yang terkuat dalam mazhab As-Syafie yang telah dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitabnya Minhaj At-Tolibin.

Walau bagaimanapun, kami juga meraikan pendapat para ulamak lain yang mengharuskan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, sepertimana pendapat majoriti dalam mazhab Al-Hanafi, Al-Maliki, Al-Hanbali dan sebahagian mazhab As-Syafie.

Tambahan: Para ulamak As-Syafie juga berpendapat bahawa harus melaksanakan ibadah korban oleh waris si mati (sebagai peserta korban). Kemudian waris tersebut berniat untuk sedekahkan pahala korban itu kepada si mati atau mana-mana ahli keluarganya yang telah meninggal dunia.

3BOLEHKAH KITA MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN UNTUK ORANG LAIN?

Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada orang tersebut supaya ia berniat korban.

Contohnya: seorang anak hendak melaksanakan ibadah korban untuk ibubapanya di kampung. Maka, si anak tersebut perlu memberitahu ibubapanya agar mereka dapat berniat untuk menyempurnakan pelaksanaan ibadah korban tersebut.

4BOLEHKAH DAGING KORBAN DIAGIHKAN ORANG BUKAN ISLAM?

Daging korban tidak digalakkan untuk diagihkan kepada orang bukan Islam, kerana daging tersebut telah disandarkan kepada niat sembelihan ibadah. Bahkan setiap ibadah itu harus dipelihara dan dimuliakan.

5BOLEHKAH BERKONGSI BAHAGIAN KORBAN DAN AKIKAH PADA SEMBELIHAN HAIWAN LEMBU / UNTA YANG SAMA?

Hal ini telah berlaku khilaf di kalangan para ulamak dalam meletakkan hukum berkongsi bahagian Korban dan Akikah pada haiwan yang sama.

Oleh itu, kami memilih pendapat di kalangan ulamak yang menyatakan bahawa Tidak boleh berkongsi bahagian dan tidak sah pelaksanaannya kerana ibadah korban dan ibadah akikah adalah dua jenis ibadah yang berbeza, samada dari segi niat, tujuan, tempoh masa pelaksanaan dan juga syarat-syaratnya. Maka ianya tidak boleh disatukan niat dan pelaksanaannya dalam satu jenis haiwan yang sama. Ini adalah pendapat yang masyhur dikalangan para ulamak Al-Malikiyyah dan juga Al-Hanabilah.

Namun, dalam masa yang sama kami juga meraikan pendapat para ulamak lain yang mengatakan bahawa harus berkongsi bahagian korban dan akikah dalam satu jenis haiwan yang sama, sepertimana pendapat Ibnu Hajar Al-Haitami dan sebahagian ulamak dalam mazhab As-Syafieyah dan Al-Hanafiyyah.

6APAKAH AMALAN SUNAT BAGI ORANG YANG MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN?

Antara amalan sunat bagi orang yang melaksanakan ibadah korban ialah: dia tidak memotong kuku, menggugurkan rambut dan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga terlaksana ibadah korbannya.

Hal ini berdasarkan sebuah hadis, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Apabila kalian melihat anak bulan Zulhijjah dan diantara kalian ada yang ingin melakukan ibadah korban, maka hendaklah dia menahan (tidak memotong) segala bulu, rambut dan kukunya
(HR: Muslim)

7APAKAH HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN DI LUAR NEGARA?

Harus melaksanakan ibadah Korban di luar negara. Bahkan ianya sudah menjadi satu altenatif bagi umat Islam khususnya di Malaysia untuk melaksanakan ibadah korban di luar negara dengan harga yang lebih murah berbanding dalam negara. Malah manfaatnya juga lebih besar kerana daging-daging korban tersebut diagihkan kepada umat Islam yang lebih memerlukan seperti di selatan Thailand, Kemboja, Filipina, Benua Afrika dan lain-lain.

Akan tetapi, ibadah Korban yang terbaik (afdhal) ialah ibadah Korban yang dilaksanakan dalam negara iaitu; korban di tempat (qariah) sendiri, menyembelih haiwan korban sendiri, melihat sembelihan korban (berwakil), mengagihkan daging korban sendiri.

Jika tidak mampu (berkorban dalam negara), jangan sampai tak buat langsung!

Berminat untuk laksanakan ibadah Korban bersama EZ Qurban tahun ini?

EZ Qurban Sdn Bhd sudah berpengalaman selama 12 tahun dalam melaksanakan Aqiqah dan Korban rakyat Malaysia di negara-negara umat Islam yang kurang bernasib baik seperti Myanmar (Kem Pelarian Rohingya), India, Kemboja, Bangladesh, Filipina, Chad (Negara ketiga termiskin dunia) dan banyak lagi.

Kebanyakan tempat pelaksanaan merupakan kawasan pedalaman yang didiami masyarakat muslim yang lebih memerlukan.

Sejak penubuhan pada tahun 2007, kami telah melaksanakan Qurban lebih 27,139 ekor lembu & 6,537 ekor kambing daripada 41,885 penyertaan di lebih 25 buah negara.

Selain menawarkan harga yang jauh lebih murah dari pasaran Malaysia, kita juga dapat membantu masyarakat muslim yang lebih memerlukan.

[PENAFIAN] Asal ibadah Korban itu adalah LEBIH AFDAL DITEMPAT SENDIRI (Jika mampu, laksanakanlah di tempat sendiri).

HARGA KORBAN BERSAMA EZ QURBAN:

  • Satu Bahagian Lembu: RM290
  • Satu Ekor Lembu: RM2030
  • Satu Ekor Kambing: RM580

Klik sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran melalui website.

Klik sini untuk bertanya atau terus daftar melalui WhatsApp.

2 COMMENTS

  1. Assalamualaikum… Apakah hukumnya muat naik gambar2 acara qurban kedalam whatsapp group keluarga? Apakah rujukkannya? Bolih atau tidak Dan Kenapa?

    • Waalaikumussalam Hajimia, tidak ada hukum memuat gambar acara Qurban ke group Whatsapp dinyatakan dalam mana-mana rujukan utama sama ada dari Al-Quran mahupun hadith. Ia hanyalah keperluan teknikal sahaja, disamping itu ianya menjadi sokongan dan bukti ketelusan dalam menguruskan pelaksanaan Qurban.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.