1Apakah beza Korban dan Aqiqah?

Menurut syara’, Aqiqah adalah sembelihan binatang yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi sebagai tanda rasa bersyukur kepada Allah atas kurniaan yang diberikan.

2Apakah hukum melaksanakan Aqiqah?

Sunat Muakkad iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut melaksanakannya. Sangat-sangatlah rugi jika kita tak laksanakannya.

3Siapa yang perlu laksanakan Aqiqah?

Ada 3 golongan yang dituntut untuk melaksanakan aqiqah. Susunan adalah mengikut keutamaan;

Pertama: Ibu bapa atau penjaga yang berkewajipan menanggung nafkah bayi.

Berdasarkan Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi: “Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.”

Kedua: Datuk/Nenek yang memperolehi cucu. Afdhal mereka yang aqiqahkan cucu apabila ibu bapa belum mampu untuk aqiqahkan anak mereka.

Ini kerana Rasulullah SAW juga Aqiqahkan cucu baginda Hasan dan Husain.

Ketiga: Laksanakan Aqiqah untuk diri sendiri.

Sekiranya kita dah berkemampuan dan belum diaqiqahkan oleh Ibubapa atau datuk, Aqiqahkanlah diri sendiri.

Ini kerana Rasulullah SAW juga Aqiqahkan diri sendiri setelah dilantik menjadi Rasul.

4Berapa bilangan haiwan sembelihan Aqiqah?

Yang terbaik untuk anak lelaki 2 ekor kambing dan anak perempuan 1 ekor kambing.

Ini berdasarkan Hadis Riwayat At-Tirmizi: Rasulullah telah menyuruh kami mengerjakan Aqiqah bayi lelaki dua ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing.

5Bagaimana pengagihan daging Aqiqah dilaksanakan?

Aqiqah tidak mensyaratkan agihan daging sepertimana daging Korban.

Cuma daging Aqiqah sunat dimasak (boleh juga diagih secara mentah) dan diagihkan kepada sesiapa sahaja untuk dimakan.

6Bilakah masa yang sesuai untuk laksanakan Aqiqah?

Paling Afdhal adalah pada hari ke-7 kelahiran bayi.

Ini adalah berdasarkan Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi: “Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.”

Menurut ulama’, jika tak sempat hari ke-7, boleh juga dilaksanakan pada hari ke-14 atau 21 (dua kali gandaan hari ketujuh).

Jika tidak sempat juga, laksanakanlah sebelum anak itu baligh.

7Bolehkah Aqiqah dengan bahagian lembu?

Tidak terdapat sebarang dalil yang membolehkan pelaksanaan Aqiqah menggunakan bahagian lembu.

Dalam masa yang sama, tiada juga sebarang dalil yang melarang untuk melaksanakan sedemikian.

Seeloknya, laksanakanlah aqiqah dengan sekurang-kurangnya seekor kambing.

Nak laksanakan Aqiqah dengan hanya RM580 seekor kambing?

EZ Qurban telah berpengalaman melaksanakan Aqiqah dan Korban diluar negara selama 12 tahun sejak 2007.

Pelaksanaan adalah 100% diluar negara dan daging akan diagih kepada umat Islam yang jauh lebih memerlukan.

Info lanjut boleh klik sini.

Atau terus hubungi kami melalui whatsapp dengan klik link dibawah:

http://ezqaqiqah.wasap.my/

26 COMMENTS

  1. Utk akikah anak lelaki iaitu 2ekor kambing. Boleh ke buat berasingan tempat dan berlainan masa? Cth: seekor di pahang bulan3, seekor lg di perak bulan4

    • Tiada masalah tuan. Tidak disyaratkan 2 ekor tersebut dilakukan pada masa dan tempat yang sama. Cuma seeloknya pastikan kedua-dua pelaksanaan tersebut diadakan sebelum anak itu baligh.

      Wallahu a’lam.

    • Wa’alaikumsalam. Tidak digalakkan memberi makan daging akikah kepada bukan islam. Malah, haram hukumnya, jika akikah tersebut disandarkan kepada niat akikah nazar.

  2. Assalammualaikum wbt..tuan..ada sepasang suami isteri nih mempunyai anak lelaki 6 org. Tetapi mereka tidak pernah membuat aqiqah utk semua anak mereka di atas faktor ketidakmampuan mereka. Kini anak2 mereka sudah berumur antara 13 tahun – 1 tahun, boleh kah suami isteri nih membuat aqiqah untuk anak2 mereka?

    • Wa’alaikumsalam Kak Yong, ibadah akikah boleh dilaksanakan pada bila-bila masa meskipun anak-anak tersebut telah melepasi tempoh usia hari ke-7 kelahirannya. Jadi, selagi mana anak-anak itu belum diakikahkan, maka boleh dilaksanakannya.

  3. Assalam..
    Saya ingin buat aqiqah tapi untuk ibu saya memandangkan semasa kecil ibu saya x pernah di aqiqahkan..Sekiranya boleh,adakah ibu saya boleh makan daging aqiqah itu?
    Terima kasih..

    • Wa’alaikumsalam, Puan Fara boleh melaksanakan Akikah untuk diri sendiri dan Ibu puan boleh makan daging akikah tersebut.

  4. asalaamualaikum. saya ingin bertanya tentang ayat last artikel. kalai tiada upaya atau bajet untuk 2 ekor lambing bagi anak lelaki. Adakah seekor kambing sudah memadai ye?

    • Wa’alaikumsalam Fatin. Ya…jika kurang berkemampuan, memadai dengan seekor kambing untuk Akikah seorang anak lelaki. Dan pada masa akan datang, sekiranya berkemampuan, boleh ditambah dengan seekor kambing lagi.

    • Wa’alaikumsalam. Ibadah Akikah disunatkan menyembelih haiwan Kambing. Namun, tidak dinafikan ada sebahagian ulamak mengatakan boleh melaksanakan akikah dengan berkongsi bahagian daging lembu sepertimana Ibadah korban.

      Tetapi, kami mengambil pendirian dan mengikut ketetapan sunnah yang kuat di dalam pelaksanaan Akikah, di mana Nabi SAW menyuruh agar menyembelih seekor haiwan kambing untuk ibadah akikah. Kerana akan berlaku sedikit kesulitan jika berkongsi bahagian lembu, antara bahagian korban dan bahagian akikah. Sekiranya bercampur, maka akan timbul masalah pengagihan daging tersebut.

    • Wa’alaikumsalam. Boleh tuan. Kerana ibadah aqiqah adalah tertakluk kepada usia hari ke-7 kelahiran bayi, maka tidak menjadi masalah jika bayi masih belum luruh tali pusatnya.

  5. Assalamualaikum..bagaimana pula dgn daging lembu ustaz?sbb baru2 saya ada buat aqiqah anak dgn 1 bhgn daging lembu korban?

    • Wa’alaikumsalam. ada juga pandangan sebahagian ulamak yang mengatakan boleh melaksanakan akikah dengan bahagian daging lembu seperti korban. Tetapi, kami mengambil pendirian dan mengikut ketetapan sunnah yang kuat di dalam pelaksanaan Akikah, di mana Nabi SAW menyuruh agar menyembelih seekor haiwan kambing untuk ibadah akikah.

    • Jika ibu bapa berniat nazar akikah (dalam kategori akikah wajib), maka daging akikah tersebut wajib disedekahkan keseluruhan dagingnya dan ibu bapa tidak boleh ambil daging itu untuk dimakan walaupun sedikit.

  6. Aslkm ustaz..boleh ka sekiranya saya melakukan akikah dengan seekor lembu tapi dalam masa yang sama berkongsi haiwan akikah tersebut dengan anak abang saya.

    • Wa’alaikumsalam, seekor haiwan akikah untuk 1 nama sahaja. Jika puan berhajat untuk melaksanakan akikah seekor lembu hanya boleh letak 1 nama sahaja. Tidak boleh berkongsi dengan nama lain.

  7. Sy seorg ibu berumur 26 tahun. ibubapa tak mampu buat aqiqah dahulu. bolehkah saya buat akikah utk saya dan utk ank saya sekali. ? Dan klau guna lembu. Boleh kah di kongsi?. Maksud nya. Setahu sy Lembu ade 7bhagian. Dan akikah utk 3anak lelaki Dan sy ??

    • Puan boleh buat akikah untuk diri sendiri. Dan akikah itu disunatkan pada haiwan kambing untuk satu nama. Tidak dikongsi dengan yang lain sepertimana ibadah Qurban pada haiwan lembu, kecuali dalam pelaksanaan Qurban. Dan hanya pada Ibadah Qurban sahaja boleh dikongsi 7 bahagian lembu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.