434 Ekor Kambing untuk Mangsa Tsunami Banten

0
427

BANTEN, INDONESIA 14 Feb. – Tsunami yang melanda Selat Sunda, Indonesia akibat letusan anak Gunung Krakatau pada 22 Disember tahun lalu telah meragut sekurang-kurangnya 429 nyawa manakala 128 lagi dilaporkan masih hilang.

Hampir 2 bulan berlalu, kesan dari badaian tsunami tersebut masih jelas. Rata-rata penduduk masih tinggal di dalam khemah dan rumah sementara yang dibina oleh pelbagai pihak.

Rumah sementara yang dibina untuk mangsa Tsunami.

Menyedari mangsa disini masih memerlukan bantuan, EZ Qurban tampil untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk daging Akikah dan beras Fidyah hasil penyertaan yang dikumpul dari rakyat Malaysia sejak Januari lalu.

Program #AqiqahForBanten ini merupakan program kemanusiaan keempat susulan tiga program yang terdahulu iaitu di Lombok dan dua kali di Palu dan Donggala – yang masing-masing dilanda gempa bumi dan tsunami lebih awal.

“Pada kempen kali ini, kita menyumbang 434 ekor kambing dan 350 kampit beras yang setiap satunya 3 kilogram di perkampungan yang terjejas teruk seperti di Ciisih, Legon Timur, Legon Tengah, Legon Barat, Cihangkasa, Kertamukti, Ciparahu, Katapang, Cipinang, dan Ciseukeut.” ujar pengurus EZ Qurban, Ustaz Hafeez Firdaus kepada wartawan Utusan Malaysia yang turut menyertai misi tersebut.

10 ekor kambing yang disembelih di Desa Cimanggu, Banten.

“Menyedari penduduk kampung di sekitar Banten serba kekurangan, untuk sumbangan kambing, kami telah siap sedia sembelih serta membungkusnya dan ini memudahkan mereka.

Bungkusan daging yang telah disembelih terlebih dahulu sebelum diedar kepada penduduk setempat.

“Alhamdulillah kesemuanya (pengagihan kambing dan juga beras) berjalan lancar dan apa yang kami harapkan sumbangan kecil ini dapat menceriakan mereka semua,” ujarnya lagi.

Penduduk beratur untuk menerima daging.

Saksikan laporan dalam bentuk vlog sepanjang kami berada disana dalam video dibawah.

Sumber berita: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kedukaan-mangsa-tsunami-banten-terubat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.