10 Adab Berdoa Kepada Allah Dengan Tertib

Ketika berhadapan masalah atau ingin meminta sesuatu, umat Islam akan terus menadah tangan atau meluahkan di dalam hati dengan harapan Allah akan mendengar. Ini tidak salah, tetapi jika anda ingin ketahui adab berdoa supaya anda berdoa dengan lebih tenang, kami ada senarainya.

Bilakah Waktu Mustajab Berdoa?

adab berdoa

Sedangkan doa terlintas hati juga dimakbulkan apatah lagi doa di waktu-waktu mustajab. 

Berdoa sahajalah pada bila-bila masa anda inginkan atau ketika anda perlukan sesi bersendirian dengan Allah.

Menurut hadis ini, anda boleh membaca doa pada waktu malam dan ia juga menerangkan anda juga boleh berdoa pada setiap masa (di waktu malam) semoga ia ‘terkena’ pada waktu yang mustajab (Imam al-Nawawi, al-Minhaj, 6/36).

Jabir bin Abdillah RA berkata, aku mendengar Nabi SAW pernah bersabda:

إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ، يَسْأَلُ اللهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya pada satu malam ada satu waktu, tidaklah seorang muslim itu memohon kepada Allah akan sesuatu kebaikan daripada urusan dunia dan akhirat, melainkan Allah SWT akan memperkenankannya. Demikian itu berlaku pada setiap malam.” 

Riwayat Muslim (757)

Tetapi daripada hadis ini, tiada waktu yang tepat atau spesifik untuk mustajab berdoa. Ini antara adalah hikmah yang menggalakkan kita berdoa pada bila-bila masa dengan harapan dapat mencari waktu mustajab itu.

Sama seperti Allah menyembunyikan malam al-Qadar, cuma diceritakan tentang 10 Malam Terakhir. Sudah pasti kita pasti akan bersungguh-sungguh mencari malam itu untuk berkatnya, bukan?

Allah sangat sukakan hambanya yang bersungguh-sungguh dalam mencari keberkatan.

Selain daripada hadis atas, terdapat satu hadis yang mengisahkan tentang jawapan doa apakah yang paling didengari Allah SWT:

جَوْفَ اللَّيْلِ الآخِرِ، وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ المَكْتُوبَاتِ

Maksudnya: “Doa di tengah malam dan selepas daripada solat fardhu.” 

Riwayat al-Tirmizi (3499)

Imam al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai hasan

Satu lagi hadis pula menerangkan waktu mustajab berdoa adalah pada hari Jumaat

Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW berkata:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar ”. 

Riwayat al-Nasa’ie, (1389)

Hadis ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Nataij al-Afkar, 2/436

Kenapa Kena Berdoa?

adab berdoa

“Mengapa perlu berdoa kalau semua benda telah ditakdirkan, adakah saya boleh merubah takdir dengan berdoa jika saya inginkan sesuatu?

Sebenarnya ada beberapa cara Allah menjawab doa. Ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ

دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا قَالُوا إِذًا

نُكْثِرُ قَالَ اللَّهُ أَكْثَرُ

“Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandungi dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahim, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara;

(1). Allah akan mengabulkan doanya dengan segera,

(2). Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak,

(3). Allah akan memalingkan darinya keburukan seumpamanya.

Mereka (para sahabat) berkata: “Kalau begitu, kami akan memperbanyak berdoa.” Nabi SAW bersabda: “Allah akan banyak mengabulkan doa-doa kamu.” 

HR: Ahmad – Sahih

Jadi persoalan sama ada perlu berdoa atau tidak, lihat pula pada firman Allah:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Surah Ghafir :60

adab berdoa

Daripada Ibn Umar R.A, Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda:

إِنَّ الدُّعَاءَ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ وَمِمَّا لَمْ يَنْزِلْ ، فَعَلَيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِالدُّعَاءِ

Maksudnya: “Sesungguhnya doa bermanfaat terhadap apa yang telah diturunkan dan apa yang belum diturunkan. Hendaklah kamu berdoa wahai hamba Allah.”

Riwayat al-Tirmizi (3548)

Tetapi tahukah anda, berdoa bukanlah sekadar meminta, malah kuasa doa boleh mengubah takdir seseorang. Jadi berdoalah dengan adab berdoa yang baik.

Sesuai dengan hadis ini:

Daripada Thauban R.A, Rasulullah pernah bersabda:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ ، وَلاَ يَرُدُّ الْقَدَرَ إِلاَّ الدُّعَاءُ

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang itu boleh terhalang dari rezeki disebabkan dosa yang dilakukannya. Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa.”

Riwayat Ibn Majah (4022), 

Ahmad (22745)

dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9752)

adab berdoa

Kitab Majmu’ Fatawa juga telah menjelaskan, sekiranya seseorang itu ditakdirkan kebaikan dengan doa, maka kebaikan itu akan hadir hanya dengan berdoa. Oleh itu semuga artikel yenyang adab berdoaini membantu

“Sesiapa yang berkata: ‘Saya tidak berdoa dan tidak memohon kerana hanya bersandar dengan takdir, maka orang itu keliru. Ini kerana Allah SWT telah menjadikan doa dan permohonan sebagai sebab untuk meraih keampunan dan rahmat-Nya serta memberinya petunjuk dan pertolongan serta rezeki-Nya. Jika seseorang telah ditakdirkan kebaikan dengan doa, maka kebaikan tersebut tidak akan dapat diraih kecuali dengan doanya”

Majmu’ Fatawa, 8/69

10 Adab Berdoa Kepada Allah Dengan Tertib

adab berdoa
  1. Mencari waktu mustajab untuk berdoa 
  2. Menghadap kiblat
  3. Memulakan doa dengan memuji kebesaran Allah dan berselawat kepada Nabi
  4. Beristighfar sebelum memulakan berdoa
  5. Memohon keampunan Allah
  6. Mengucap alhamdulillah atas kurniaan sebelum ini
  7. Mengangkat tangan (menadah tangan)
  8. Berdoa dengan di dalam hati sedar sedang ‘menghadap’ Allah
  9. Merendahkan diri dalam berdoa
  10. Berdoa dengan penuh harap

Namun ini cumalah cara-cara untuk menambah pahala sekiranya anda berdoa. Ingatlah apa yang terlintas di hati juga dikabulkan. Semoga kita semua menerima jawapan Allah dengan baik dan dielakkan segala perkara yang tidak elok.

Harap artikel berkenaan adab berdoa ini membantu anda.

Sumber: 

Mufti Wilayah Persekutuan (1) (2)

Mufti Perlis (1)

Artikel Berkaitan: Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi, Jangan Jadi 4 Golongan Yang Rugi Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Adab Berdoa Kepada Allah Dengan Tertib, Doa Ketika Gelisah Untuk Dibaca (Bacaan Rumi & Maksud Disediakan)

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

Artikel Berkaitan: Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi, Jangan Jadi 4 Golongan Yang Rugi Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Adab Berdoa Kepada Allah Dengan Tertib, Doa Ketika Gelisah Untuk Dibaca (Bacaan Rumi & Maksud Disediakan)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN